2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Snowden miliki dokumen sensitif

RIO DE JANEIRO, 16 Julai 2013 - Edward Snowden mendakwa memiliki dokumen paling sensitif mengenai bagaimana Agensi Keselamatan Kebangsaan disusun dan beroperasi yang boleh menjejaskan kerajaan Amerika Syarikat, tetapi beliau menegaskan tidak akan mendedahkannya kepada umum, kata seorang wartawan yang rapat dengannya.

 

Glenn Greenwald, seorang penulis kolum akhbar The Guardian yang pertama kali melaporkan kebocoran risikan Amerika Syarikat itu memberitahu bahawa pendedahan maklumat dalam dokumen terbabit akan membolehkan seseorang yang membacanya mengetahui bagaimana NSA sebenar.

 

Katanya, dokumen yang dimiliki Snowden pada asasnya adalah arahan manual mengenai bagaimana NSA dibina.

 

“Dalam usaha untuk mendapatkan dokumen terbabit yang mengesahkan bahawa beliau bercakap benar, beliau membawanya satu yang amat sensitif, maklumat terperinci mengenai bagaimana NSA lakukan,” kata wartawan berkenaan kelmarin di sebuah bilik hotel di Rio de Janeiro.

 

Sedia bertemu Putin

B

eliau berkata temubual berlangsung selama empat jam selepas kali terakhir beliau bersama Snowden.

 

Greenwald berkata, beliau percaya pendedahan maklumat dalam dokumen itu tidak terbukti akan menjejaskan rakyat Amerika Syarikat dan keselamatan mereka tetapi Snowden mendedahkan bahawa beliau tidak akan mendedahkannya kepada umum.

 

“Saya rasa ia akan menjejaskan kerajaan Amerika Syarikat kerana ia adalah membabitkan kepentingan mereka, jika perincian program terbabit didedahkan,” katanya.

 

Beliau sebelum ini berkata, dokumen terbabit diklasifikasikan sebagai sulit untuk memastikan keselamatannya.

 

Snowden muncul daripada persembunyiannya di sebuah lapangan terbang Moscow Jumaat lalu dan berkata beliau bersedia bertemu Presiden Vladimir Putin dengan syarat akan menghentikan kebocoran rahsia Amerika Syarikat untuk membolehkan Russia memberi perlindungan kepadanya sehingga berjaya berpindah ke Amerika Latin.

 

Greenwald memberitahu AP bahawa beliau mengelak bercakap dengan Snowden mengenai isu berkaitan dalam usaha untuk mengelak sebarang masalah perundangan terhadap dirinya sendiri. - AP

Unknown , Selasa, Julai 16, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog