/

Bersahur bezakan puasa orang Yahudi, Kristian

A

bdullah bin Umar berkata: “Rasulullah mempunyai dua tukang azan. Mereka adalah Bilal dan Ibnu Ummu Maktum. Rasulullah bersabda: Sebenarnya Bilal melaungkan azan ketika waktu malam iaitu sebelum fajar menyinsing. Masa itu bersahurlah kamu hingga Ibnu Ummu Maktum pula melaungkan azan menandakan masuk waktu Subuh.”

 

Abdullah bin Umar berkata: “Tidak ada jarak masa antara mereka itu. Apabila Bilal selesai berazan, Ibnu Maktum pula menggantikannya.” Maksudnya jarak antara kedua-duanya tidaklah terlalu lama.” (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim)

Tempoh masa sahur

Amr bin al-‘As berkata, Rasulullah bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur.” (Riwayat Muslim)

 

Zaid bin Sabit berkata, “Kami bersahur bersama Rasulullah. Selepas itu kami bangun menunaikan solat Subuh. Orang itu bertanya kepadanya: Berapa lama jarak masa antara sahur dan solat Subuh itu? Zaid menjawab: Kira-kira sempat membaca 50 ayat al-Quran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

“Amr bin al-‘As berkata, Rasulullah bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur.” (Riwayat Muslim)

 

Abu ‘Atiyyah berkata, “Saya dan Masruq menemui Aisyah. Masruq berkata kepada Aisyah: Ada dua sahabat Rasulullah yang melakukan kebaikan. Seorang daripada mereka menyegerakan sembahyang Maghrib dan menyegerakan berbuka puasa. Manakala seorang lagi melewatkan sedikit sembahyang Maghrib dan melewatkan berbuka puasa. Aisyah bertanya: Siapakah yang menyegerakan solat Maghrib dan menyegerakan berbuka? Masruq menjawab: ‘Abdullah bin Mas’ud. Aisyah berkata: Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah.” (Riwayat Muslim)

 

Anas berkata, “Rasulullah berbuka dulu, kemudian barulah bersolat Maghrib. Baginda berbuka dengan buah kurma basah. Jika tiada barulah Baginda makan kurma biasa. Jika tiada juga barulah Baginda hanya minum beberapa teguk air.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Tirmizi mengatakan hadis ini adalah hadis hasan) - BH

Adam Merah , Isnin, Julai 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog