PERNAHKAH anda mendengar mengenai sindrom 'jari hantu'?
I |
a bukanlah 'hantu' yang biasa didengar dalam kepercayaan masyarakat tetapi menurut kalangan pakar neurologi (saraf), sindrom ini adalah satu masalah yang dihidapi pesakit yang hilang anggota badannya kerana penyakit atau kemalangan.
Seorang peniaga David Lim (bukan nama sebenar) telah mengalami kemalangan jalan raya awal tahun ini menyebabkan jari kelingking kirinya terpaksa di potong.
Pakar bedah terpaksa menjalankan pembedahan bagi menghalang jangkitan kuman daripada merebak ke jari lain di tangan kirinya.
Beberapa bulan setelah pembedahan itu dijalankan, 'luka' itu telah sembuh dengan baik tetapi Lim merasakan tempat itu masih sakit.
Paling teruk lagi, beliau rasakan seolah-olah jari kelingking kirinya masih ada.
Oleh kerana sakit yang dialami kadangkala agak teruk, Lim terpaksa mengambil ubat tahan sakit seperti panadol tetapi itu tidak mendatangkan kesan dalam meredakan kesakitan.
SARAF
"P |
ada mulanya saya ingat sakit itu datang dari luka (akibat jari dipotong) tetapi doktor yang memeriksa mengatakan luka itu telah sembuh dengan baik.
"Doktor memberitahu beliau sebenarnya sakit itu datang dari dalam, iaitu saraf. Patutlah ubat tahan sakit tidak menjadi", katanya ketika ditemui di sebuah hospital di sini.
Kalau ianya bukan 'sakit biasa', apakah sebenarnya kesakitan itu?
Menurut pakar-pakar perubatan, sakit itu dikenali sebagai 'sakit neuropatik'. Jelas mereka sakit itu disebabkan saraf yang rosak atau gagal berfungsi dengan sepatutnya.
"Ini menyebabkan fiber saraf menghantar isyarat yang tidak betul kepada otak dan menyebabkan kesakitan", kata seorang daripada mereka, yang mahu dikenali sebagai Dr A Raman.
KECEDERAAN
M |
enurut Dr Raman, kesakitan neuropatik muncul selepas berlakunya kecederaan di bahagian tisu dan mereka yang mengalaminya akan merasa seperti 'dicucuk dengan jarum yang tajam'.
Ada juga merasakan seperti pedih terbakar dan yang paling kerap ialah rasa seperti kejutan elektrik.
"Sakit neuropatik terjadi bila saraf yang bertindakbalas terhadap kecederaan akan menjadi aktif tanpa sebarang sebab yang tertentu.
"Dengan sakit neuropatik, fungsi saraf akan terganggu dan aktiviti (rangsangan) saraf meningkat. Jika situasi ini berterusan, ia akan menyebabkan saraf menjadi begitu sensitif dan akhirnya muncul rasa sakit", katanya.
SINDROM JARI 'HANTU'
S |
akit neuropatik mungkin wujud untuk satu ketika yang panjang dan ini menyebabkan mereka yang mengalaminya terpaksa mencari sesuatu untuk meredakan atau mengurangkan kesakitan itu.
Dr Raman berkata, ubat tahan sakit yang biasa digunakan tidak akan berkesan terhadap sakit jenis ini.
Satu contoh sakit neuropatik adalah yang dikenali sebagai 'sindrom anggota hantu' di mana sakit datang dari tempat anggota badan seperti kaki atau jari yang telah dipotong disebabkan penyakit atau kecederaan.
Bagaimanapun otak tetap menerima isyarat serta rangsangan daripada saraf seolah-olah jari atau kaki yang telah dipotong itu masih wujud.
"Saraf ini menjadi terangsang dan menyebabkan rasa sakit", kata Dr Raman.
Menurut beliau lagi, sakit neuropatik biasanya tiada penyebab yang tertentu tetapi dalam banyak kes ia disebabkan alkoholisme, amputasi, kemoterapi, diabetis dan pembedahan spinal.
"Gejalanya ialah sakit yang mencucuk-cucuk serta pedih terbakar selain terasa kebas serta rasa lenguh dan lumpuh".
PENGURUSAN SAKIT
Bagaimana sakit neuropatik diberi diagnosa?
M |
enurut Dr Raman, doktor yang memeriksa akan mengadakan pemeriksaan fizikal dan bertanya kepada pesakit mengenai ciri-ciri sakit berkenaan seperti bila sakit itu muncul serta perkara berkaitan yang boleh mencetus sakit itu.
Mengikut takrif Persatuan Antarabangsa Bagi Kajian Kesakitan (IASP), sakit ini muncul secara langsung daripada penyakit atau kecederaan yang melibatkan sistem somatosensori (saraf) badan.
Dr Raman berkata pesakit akan mengalami ketidakselesaan yang kronik dan akan berasa kesakitan sebagai sesuatu yang pedih terbakar, sakit tajam yang menikam-nikam atau juga kejutan arus lelektrik.
Katanya, 50 peratus daripada kes-kes sebegini dialami oleh pesakit yang baru mengalami amputasi.
RAWATAN
B |
eberapa kajian terhadap sakit jenis ini mengesyorkan penggunaan beberapa jenis ubat seperi ubat anti-keradangan, yang antaranya Aleve dan Motrin, yang dikatakan boleh meredakan kesakitan.
Dr Raman berkata, ubat pencegahan sawan serta kemurungan berkesan dengan baiknya dalam beberapa kes. Bagi pesakit diabetes, pengurusan diabetes yang lebih baik boleh membantu.
Menurut pendapat beberapa doktor, satu daripada ubat yang dapat meredakan sakit ini secara berkesan ialah Neurontin (Gabapentin) dalam dos 100mg hingga 300mg sehari atau bila perlu.
"Bagi kes yang sukar dirawat, pakar perawatan sakit mungkin terpaksa menjalankan terapi invasif atau menggunakan alat implan bagi merawat secara berkesan," jelas beliau.
Ubat tahan sakit yang biasa digunakan tidak memberi kesan terhadap sakit neuropatik dan sakit ini boleh menjadi lebih teruk dalam jangka waktu panjang.
Bagi beberapa pesakit ia boleh menjadi satu ketidakupayaan yang serius. - Bernama, 29 Julai 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "