2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 22 April 2025   
@ 24 Syawal 1446H / 12:07 PM

17Rabu,Julai

'Puasa Facebook' cetus debat

Ada pengguna tidak guna media sosial hormati Ramadan

 

Dubai, 17 Julai 2013 - Ketika umat Islam di seluruh dunia berpuasa, ada di kalangan mereka yang memperluaskannya dengan tidak menggunakan media sosial, menggelarnya 'puasa Facebook' sebagai menghormati Ramadan.

 

Umumnya, penggunaan media sosial meningkat ketika Ramadan tetapi bagi mereka yang melakukan ‘puasa Facebook’, sama ada mereka tidak menggunakannya atau mengurangkan menghantar pandangan, tweet atau memperbaharui status.

 

Agama Islam tiada memberi panduan mengenai media sosial ketika Ramadan tetapi ramai yang melakukan iktikaf dengan menghabiskan lebih banyak masa di masjid selain mengurangkan masa bekerja,” Abdul Ghani Hindi, profesor agama dan hal ehwal sosial di Universiti Al-Azhar, Mesir

 

Warga Muslim di Atlanta, Amerika Syarikat, Saud Inam, berkata dia merancang untuk tidak menggunakan media sosial sepenuhnya ketika Ramadan.

 

Sebaliknya, dia mahu menghabiskan lebih banyak masa mengaji al-Quran dan menghayati bulan suci itu bersama keluarga.

Hayati amalan agama

“S

aya mahu pastikan tiada apa-apapun yang akan mengganggu saya pada Ramadan tahun ini,” katanya kepada Huffington Post.

 

Saya mengurangkan perkara yang tiada kaitan dengan ibadat. Saya mahu lebih memberi tumpuan dan menghayati amalan agama.

 

“Kadang kala, seseorang itu akan keterlaluan memberi tumpuan kepada Facebook dan media sosial.”

 

Pendakwah di Detroit, Dawud Walid, berkata dia juga merancang mengurangkan penghantaran tweet ketika Ramadan.

 

Saya rasa tidak akan tweet sama sekali. Saya tidak ada had tweet untuk dibuat tetapi tidak lagi akan memeriksa siapa yang menghantar kepada saya atau perlu menghantarnya setiap hari,” katanya.

 

Agama Islam tiada memberi panduan mengenai media sosial ketika Ramadan tetapi ramai yang melakukan iktikaf dengan menghabiskan lebih banyak masa di masjid selain mengurangkan masa bekerja,” kata Abdul Ghani Hindi, profesor agama dan hal ehwal sosial di Universiti Al-Azhar, Mesir.

 

Faedah diri

B

agaimanapun, beliau tidak setuju untuk berhenti sama sekali menggunakan media sosial.

 

Saya mahu gunakannya untuk faedah diri tetapi tidak akan menyekatnya daripada melakukan tanggungjawab agama termasuk membaca al-Quran dan melakukan tarawih,” katanya kepada al-Arabiya.

 

Ada kira-kira 60 juta pengguna Facebook dan Twitter di dunia Arab.

 

Profesor Islam di Universiti Hofstra, Hussein Rashid, pula tetap menggunakan media sosial ketika Ramadan.

 

Seperti juga bulan lain, beliau menghantar ayat suci al-Quran menerusi tweet.

 

Rashid berkata, 35 hingga 40 peratus tweet yang dihantar kepada 3,113 pengikutnya adalah ayat suci al-Quran. - Agensi

Unknown , Rabu, Julai 17, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog