/

Perbelanjaan IT Malaysia cecah RM61.9 bilion

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2013 - Perbelanjaan terhadap produk teknologi maklumat (IT) di Malaysia dijangka mencecah RM61.9 bilion pada tahun ini, iaitu peningkatan 6.4 peratus berbanding 2012, berdasarkan kajian yang dikeluarkan badan penyelidikan industri, Gartner.

Menurut laporan itu, produk perkhidmatan telekomunikasi seperti faks, panggilan telefon dan data dianggarkan bernilai RM33.9 bilion, peranti seperti pembelian telefon, mesin pencetak dan komputer bernilai (RM13.3 bilion), perkhidmatan IT (RM9.8 bilion), perisian (RM3.3 bilion) dan sistem pusat data (RM1.7 bilion).

 

Pertumbuhan perbelanjaan produk IT di Malaysia bagi tahun 2013 dilaporkan bakal mengatasi pertumbuhan global yang dijangka pada kadar dua peratus. Pada tahun ini, perbelanjaan IT pada peringkat dijangka bernilai sekitar RM12 trilion.

 

Jumlah perbelanjaan ke atas perkhidmatan telekomunikasi yang paling besar adalah berpunca daripada peningkatan kemudahan jalur lebar serta kadar penggunaan peranti mudah alih yang semakin tinggi di kalangan penduduk.

 

Penjualan peranti melalui tablet dan telefon pintar dijangka berkembang dengan baik menjelang akhir tahun ini, yang mana dapat menampung penurunan jualan komputer peribadi.

 

Kajian yang dilakukan oleh Gartner adalah menerusi pengumpulan data daripada pembekal dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan.

Unknown , Selasa, Julai 30, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog