BEIJING, 18 Julai 2013 - Pengguna internet China dilaporkan meningkat kepada 591 juta, kira-kira 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu membabitkan bilangan mereka yang melayari halaman web menggunakan telefon pintar dan alat tanpa wayar lain, kata sebuah kumpulan industri semalam.
Angka akhir Jun yang dikeluarkan Pusat Maklumat Rangkaian Internet China mewakili 10 peratus kenaikan dalam jumlah keseluruhan pengguna sepanjang setahun. Bilangan pengguna tanpa wayar meningkat kepada 464 juta.
Halang bahan hasutan
K |
erajaan komunis terbabit menggalakkan penggunaan internet bagi perniagaan dan pendidikan tetapi cuba menghalang akses kepada bahan yang berbau hasutan atau lucah.
Peningkatan penggunaan web membawa pertumbuhan industri baru China dari perniagaan talian dan mikroblog hingga video di talian.
Perkembangan terbaru ini meningkatkan peratusan populasi China yang menggunakan internet kepada 44 peratus, kata CNNIC.
Syarikat internet berlumba-lumba memberi maklum balas terhadap meletusnya populariti telefon pintar, tablet dan peralatan tanpa wayar lain dengan melancarkan perkhidmatan untuk mereka.
Minggu ini, pengendali enjin carian popular China, Baidu Inc. mengumumkan akan membayar sejumlah $1.9 bilion bagi mendapatkan pengedaran aplikasi telefon pintar, 91 Wireless Websoft.
Ketatkan kawalan
P |
ihak berkuasa mengetatkan kawalan talian tahun lalu selepas rangkaian sosial dan halaman web lain memainkan peranan utama dalam bantahan yang menjatuhkan kerajaan di Mesir dan Tunisia.
Tahun lalu juga mereka mengetatkan kawalan terhadap video dengan meminta penyedia mengimbas semua bahan sebelum dikirimkan di talian selepas ada aduan membabitkan kandungan berunsur kata-kata kesat, lucah atau terlalu ganas. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "