2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Makkah Metro mula dibina tahun depan

Makkah: Sistem Transit Aliran Massa Makkah atau Makkah Metro yang dijangka menelan belanja sebanyak SR62 bilion (RM52 bilion) dengan empat landasan dan 88 stesen serta sebuah rangkaian perkhidmatan bas akan membawa peningkatan dramatik dari segi pengangkutan untuk jemaah dan penduduk bandar suci ini.

 

Datuk Bandar Makkah, Osama Al-Bar berkata, fasa pertama projek berharga kira-kira SR25.5 bilion (RM21.6 bilion) akan bermula pertengahan tahun depan dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Projek itu akan mempunyai landasan kereta api bawah tanah di kawasan sekeliling Masjidil Haram hingga jalan raya lapisan ketiga sementara landasan di luar kawasan berkenaan akan dibina di atas jambatan gantung.

 

Fasa pertama itu termasuk pembinaan landasan sejauh 30 kilometer dari Universiti Um Al-Qura di Abidiya hingga ke Masjid Saidatina Aishah. Al-Balad Al-Ameen, syarikat yang dimiliki Majlis Perbandaran Makkah sudah menjalankan kajian teknikal mengenai sistem kereta api itu dan pembinaannya akan dikendalikan oleh Syarikat Kereta Api Makkah.

 

Menurut Osama, syarikat perunding Perancis, Systra dan syarikat BW dari Jerman turut terbabit dalam projek itu.

 

Perkhidmatan bas akan digabungkan dengan sistem kereta api berkenaan untuk membolehkan perkhidmatan pantas bagi menghubungkan beberapa daerah di Makkah, meliputi kawasan sejauh 60 kilometer dan 60 stesen. - Arab News

 

Harjan Milosevic , Isnin, Julai 08, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog