Dubai: Pusat Pelbagai Komoditi Dubai (DMCC) semalam mengumumkan rancangan membina menara komersial paling tinggi di dunia sebagai sebahagian daripada rancangan meluaskan perniagaannya.
Menara berkenaan akan direka khusus untuk syarikat antarabangsa.
“Saya begitu bangga dengan projek ini,” kata Pengerusi Eksekutif DMCC, Ahmed bin Suleyman selepas mengumumkan rancangan itu. Menurutnya, menara berkenaan akan dibina di kawasan Menara Tasik Jumeirah tetapi enggan memberitahu ketinggian atau jumlah tingkat menara itu.
“Kerana persaingan yang sengit ketika ini, saya tidak mahu mendedahkan maklumat mengenai menara itu hari ini. Saya bimbang ada orang yang akan mengumumkan rancangan membina menara lebih tinggi daripada yang kami rancang esok.
“Apa yang boleh saya beritahu, ia sudah pasti lebih tinggi berbanding Taipei 101 yang menjadi menara komersial paling tinggi di dunia hari ini,” kata Ahmad.
“Dan ini juga adalah peringatan kepada semua pesaing. Sebaik kami tahu ketinggian menara komersial anda, kami akan membina menara lebih tinggi,” kata Ahmed.
Taipei 101 yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Kewangan Dunia Taipei adalah menara paling tinggi di dunia selepas disiapkan pada 2004 sehinggalah siapnya Burj Khalifa pada 2010. Tetapi ia masih lagi kekal menjadi menara komersial tertinggi di dunia. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "