/

Lebih separuh produk makanan guna minyak sawit

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2013 - Satu kuiz dalam talian yang dikendalikan oleh Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) menunjukkan bahawa lebih separuh daripada produk yang digunakan dan dimakan oleh responden saban hari mengandungi minyak sawit.

  

RSPO berkata, dengan menggunakan antara muka grafik animasi, responden diminta memilih daripada beberapa barangan yang biasanya ada di rumah mereka, dari barang-barang dapur hinggalah kepada barangan dandanan di bilik air.

  

"Data-data ini dikira untuk mendapatkan tahap penggunaan minyak sawit mereka secara individu, yang menunjukkan bahawa lebih separuh daripada produk yang digunakan dan dimakan saban hari mengandungi minyak sawit," katanya.

  

Pada akhir kuiz itu, katanya, responden diminta memilih 'ya' atau 'tidak' bagi minyak sawit lestari. Tiga perempat daripada mereka yang ditanya memberikan keputusan positif.

  

Mengulas tentang keputusan itu, setiausaha agung RSPO, Darrel Webber, berkata meskipun kuiz itu bukan merupakan kaji selidik saintifik, namun keputusannya menonjolkan beberapa pandangan jelas.

  

"Secara purata, 50 peratus barangan pasar raya yang didapati di kebanyakan rumah mengandungi minyak sawit, angka yang diperkukuhkan oleh sebilangan besar orang yang memilih produk sedemikian dalam kuiz itu.

  

"Disebabkan minyak sawit digunakan dengan meluas, kesannya ke atas pengguna, dan seterusnya ke atas dunia, adalah besar," katanya.

Beliau berkata minyak sawit adalah minyak sayuran yang serba boleh, dengan banyak kegunaan dan didapati dalam banyak barangan, dari manis-manisan, kosmetik, bahan pencuci hinggalah kepada produk penjagaan diri.

   

Katanya, penggunaan minyak sawit semakin meningkat di seluruh dunia, dan itulah sebabnya RSPO menerajui pewujudan sektor minyak sawit lestari.

  

Kuiz "Bolehkah Anda Hidup Tanpa Minyak Sawit?" itu disertai oleh 2,561 orang, terdiri daripada golongan profesional (54 peratus), pelajar (37 peratus), suri rumah (tujuh peratus) dan pesara (dua peratus) di seluruh dunia untuk mengetahui betapa pentingnya minyak sawit dalam kehidupan seharian mereka dan bagaimana tindakan mereka boleh memberi kesan kepada alam sekitar.

  

Sepuluh negara terunggul dengan bilangan responden yang tertinggi ialah Amerika Syarikat (22 peratus), United Kingdom (20 peratus), Australia (12 peratus), Singapura (11 peratus), Jerman, Malaysia, Denmark, Belanda dan Perancis (masing-masing 6 peratus) dan Indonesia (5 peratus).  - Bernama

Unknown , Jumaat, Julai 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog