2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen: Orang Jahat Masuk Neraka.

Cerpen Ramadhan oleh Driver Keretamayat?

(Kereta mayat mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama membawa mayat ke kubur, kedua membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak berpuasa 'bersiar siar'- only in Malaysia)

 

K

ereta mayat yang aku cuba hidupkan enjinnya gagal untuk berfungsi, pesalah yang tidak berpuasa di kerusi belakang kelihatan sedikit ceria. Aku cuba hidupkan lagi, tapi enjin terus batuk batuk dan mati.

 

“kenapa bang?” Tanya salah seorang yang di tangkap ketika makan nasi lemak di kedai mamak jam sembilan pagi.

 

“kereta ini tak hidup, macam tak ada bateri, tapi jika aku on radio, hidup” Jawab aku sambil mengerutkan kening..

 

“bateri lemah kot?” Duga si pemuda yang ditangkap hisap rokok di khalayak umum waktu tengah hari.

 

Agaknyalah” Jawab aku sambil keluar dari kereta mayat dan membuka bahagian enjin.

 

“Sudah berapa lama tak tukar bateri?” Tanya pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa.

 

“Sudah dekat 3 tahun rasanya” Jawab aku setelah membuka pintu enjin kereta mayat.

 

“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? jom kita pergi beli Cable Jumper” Cadang si pesalah yang di tangkap makan nasi lemak di kedai mamak jam sembilan pagi.

 

“korang tolaklah kereta mayat ini, lagipun korang semua tak puasa, eloklah.. Woha!”

 

Mereka semua mengeluh tapi akur pada arahan driver kereta mayat..

 

M

ari belajar ilmu baru hari ini, iaitu bagaimana mahu menghidupkan kereta yang tiada bateri, mula mula kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa pada aku akan bagaimana untuk hidupkan kereta tanpa bateri.

 

Maka mereka pun tolak..,

Tolak!!

Tolak!!!

TOLAK!!!

 

Tak hidup jugak?

Tolak lagi!!

Lagi!!

Tolak!!!

Arggh, sudah tiga kali tolak namun masih tidak berjaya juga.

 

Mereka semua kepenatan.., walaupun mereka tidak berpuasa, tetapi menolak kereta mayat di tengah hari begini, memang mujahadah..., mereka pun serba salah juga, Jika tolak dan kereta mayat hidup, akan dimalukan, tapi jika tidak hidup, kena tolak lagi macam orang gila, adohai..

 

“Bang, boleh tak kami semua minum air sekejap, kami memang tidak berpuasa..”

 

Aku tidak menjawab, cuma mengajak mereka berehat di surau berdekatan, di surau mereka membasuh muka dan curi curi minum air paip, kemudan mereka semua bersandar di beranda surau.

 

Aku masuk ke dalam surau dan mencari kitab fadfhilat ramadhan, alhamdulillah, ada di meja mengajar sebelah imam, terus aku ambil dan duduk depan mereka,

 

“Elok korang rehat ni, aku nak bagi tazkirah sikit...” kata aku kepada semua pesalah yang didenda naik kereta mayat.

 

Aku buka kitab dan mula membaca hadith:

 

“Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka...”

 

Pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa  angkat tangan untuk bertanya:

 

“Bang, nak tanya, kepada siapakah sebenarnya ditujukan akan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka tapi kemudian di bebaskan jua akhirnya dalam hadith di atas, siapa? sejuta ahli neraka itu di rujuk kepada yang masih hidup atau yang sudah jadi mayat? Jika sejuta ahli neraka dalam hadith di atas itu ditujukan kepada mereka yang telah jadi mayat, maka mayat yang mana dulu akan di bebaskan? Mungkin mayat yang anak cucunya berdoa untuk mereka atau bagaimana? Mayat yang tiada anak dan cucu pula bagaimana?”

 

Pergh, boleh tahan soalan mamat ini, tapi aku bukan ustaz, hanya pemandu kereta mayat, lalu jawab aku:

 

“Maaf, saya pun jahil bab ugama, tapi yang saya faham, hadith mana-manapun pastilah merujuk kepada orang yang belum jadi mayat, Apabila Nabi bersabda, maka dituju kepada sahabat untuk beramal dengan hadith tersebut, jadi bab hadith ini, sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada kita semua yang masih hidup kerana antara kita memang sudah banyak buat dosa sehingga telah tertulis nama di pintu-pintu neraka!. Naduzubillah!

 

Sebagai contoh sebab-musabab nama tertulis di pintu neraka, Nabi bersabda:

“Seseorang yang meninggalkan walaupun satu solah fardu dengan sengaja, namanya akan tertulis dipintu neraka dan dia pasti akan memasukkinya.”

(Kitab Qurratul Uyun)

 

Hadith lain:

“Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub bersamaan lapan puluh tahun dan satu hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)”

 

Jadi aku yang jahil ini beranggapan bahawa sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada kita yang masih hidup, yang mana mungkin ada antara kita telah sengaja tidak solat, maka nama sudah tertulis dipintu neraka sedang kita masih belum jadi mayat lagi…, tapi tidak semestinya anggapan aku betul, tapi setelah dirujuk kepada hadith Nabi yang yang di ambil pada tarikh 30 hb syaaban riwayat Hazrat Salman R.a yang mengatakan Nabi telah arahkan kami memperbanyakkanlah bulan puasa dua perkara(dari empat perkara) yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka, nampaknya memang Nabi ada suruh kita banyakkan mohon selamat dari azab api neraka pada bulan Ramadhan dan minta pula adalah bagi pihak diri kita sendiri..

 

Maka aku berharap kita semua bertawajuh pada ALLAH agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah kita: aku dan kamu semua!

 

Walaupun, setelah segala dosa itu kita cucuri dengan air mata menyesal, taubat dan qadha mana yang tinggal, namun kuasa memadam nama dipintu neraka adalah di tangan Allah, maka sempena bulan puasa ini di waktu berbuka, sekali lagi aku harap kita sama sama dapat bertawajuh pada ALLAH dengan sepenuh harapan agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah termasuk kita semua.

 

Lagipun, ikut quote Hadith yang mula-mula di atas, Allah hanya bebaskan sejuta ahli neraka sahaja setiap hari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan. Sedangkan Ummat islam ada berbelion-belion di atas muka bumi ini!.

 

Maka mahu tidak mahu, kita memang kena ikut sangat sabda Nabi dalam Hadith di atas yang mengatakan

“Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara iaitu memohon syurga daripada Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARI API NERAKA.”

 

Oleh kerana sudah banyak hari juga Ramadhan telah berlalu, dan sementara peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, maka marilah kita ‘berlumba-lumba’ di bulan Ramadhan ini dengan bersolat sunnat tarawih, bertadarus Al Quran, beriktikaf, berdakwah, dan lain lain ibadat demi meraih perhatian Allah agar kita termasuk dalam 30 juta ahli neraka yang akan di bebaskan.., amin!

 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

“Allah akan menumpukan perhatianNYA kepadamu dalam bulan Ramadhan, Dia akan menurunkan Rahmat, dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para Malaikatnya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada Rahmat Allah pada bulan ini”

(riwayat Ubadah bin Sommit RA):

 

Maka, tunggu apa lagi? peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya sejuta sahaja sehari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada hanya 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

 

Inilah bulan kita nak bersolat tarawikh kerana bulan ini sahaja yang ada, jangan berbaring di depan TV, inilah bulan amalan sunat mendapat ganjaran fardu, dan amalan fardu di ganda-gandakan.

 

Dan ada satu lagi berita baik, dari Hadith pertama di atas, masih ada sambungan, tapi di sampuk oleh pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa. Maka sambungan Hadith yang mula mula di baca tadi:

 

“..Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu ahli neraka sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.”

 

Wah!! ini SUDAH SANGAT SANGAT BAGUS! Dari 30 juta ahli neraka telah di tambah kepada 60 JUTA! Betapa Pemurahnya Allah! tunggu apa lagi? peluang 30 juta dah di tambah kepada 60 juta! Ingat! ADA 60 JUTA ahli neraka yang akan di bebaskan dari neraka dan peluang ini masih di buka, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya 60 juta sahaja yang confirm masuk neraka akan di bebaskan.!

 

Jangan berlengah lagi, kunjungilah masjid yang berhampiran untuk keterangan lanjut, dan tarih tutup adalah pada 1 syawal..

 

InyaAllah!

 

(Sudah jadi macam iklan Jualan murahlah pula, adohai..)

 

A

ku tutup buku Fadhail dengan muka ceria tapi wajah Pemuda yang ditangkap ketika membeli nombor ekor di bulan puasa  itu masih tidak puas hati, beliau mulai bersuara:

 

"Bang, semua hujah abang itu menggunakan hadith, kenapa tidak guna hujah Al quran sahaja, sebab hadith boleh di ubah ubah, bagus jika abang guna dalil Al quran sahaja dalam memberi hujah."

 

Jawab aku:

“Kau ni anti hadith ke? Allah yang takdirkan segala-galaNYA, apa kau sangka Allah mahu biar sahaja hadith di ubah tanpa pengawasan Allah? tepuk dada tanya iman. masa sudah semakin pendek, langkahan kita langkahan maut, menuju kubur.., kau mati esok, dalam Al quran tak cerita detail macam mana nak tanam, nak aku tanam kaki kau terjulur keluar?”

Mereka yang lain gelak, lalu aku ajak mereka sambung tolak kereta mayat..

 

Tiba tiba baru aku perasan, ketika mereka tolak kereta aku sebelum ini, ada satu benda yang aku terlupa buat, kalau aku bagitahu mereka tentang apa yang aku terlupa buat itu, tentu mereka akan maki aku, lalu aku pun buat secara senyap-senyap, dan dengan izin Allah, sekali tolak, kereta mayat terus hidup, broom!

 

Mereka gembira kepenatan, itulah, kena dengar tazkirah dahulu, baru datang nusrah Allah, kata aku yang membuatkan mereka semua tersengeh..

 

Kemudian akupun berterus terang, sebenarnya tadi.., aku lupa nak ON kan suis kereta. Adohai...

 

Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tidak marahkan aku, tapi mereka pakat-pakat ketawakan aku kerana jahil bab enjin kereta!

 

Jawab aku: ‘err, aku memang jahil bab dunia-woha!”

 

Mereka terus ketawakan aku lagi, nampaknya hati manusia menjadi lembut setelah mendengar ‘suara’ Nabi (hadith), almaklumlah, sahabat yang brutal dan kejam bunuh anak hidup-hidup di zaman jahiliah boleh jadi baik setelah mendengar ‘suara’ Nabi, apatah lagi kita semua yang setakat bunuh cicak.

 

Dari jauh mereka bertiga naik kereta mayat sambil tersengih kepenatan, lalu aku pun membawa mereka bersiar-siar di jalan raya, harmoni sungguh hukuman orang yang tidak berpuasa di Malaysia, adohai..

 

 

Ps: Bateri bila sudah setahun setengah memang perlu buat tindakan, selepas itu jika perasan sibuk untuk buat tindakan, jangan lupa bawa ‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila mahu tolong tolak kereta, pastikan driver tu ON kan suis kenderaan, kemudian berlumba-lumbalah membuat kebaikkan di bulan puasa, dan kepada yang tidak berpuasa, denda di akhirat bukan setakat tolak kereta mayat.., tapi lebih teruk dari itu. Oh..

Rokiah Mad Dom , Rabu, Julai 24, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog