2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 11:31 AM

22Sabtu,Jun

Sejauh mana kita cintai pasangan?

2

minggu lalu, saya ditegur seorang pembaca kerana menyentuh isu politik dalam ruangan ini. Katanya daripada bercerita isu politik, lebih baik menulis hal berkaitan lelaki dan wanita sebagaimana biasa, terutama menyentuh hal ehwal kehidupan pasangan yang sudah lebih 10 tahun berumah tangga.

 

Katanya, apa yang saya tulis selama ini banyak membantunya menjalani hidup berumah tangga, terutama untuk lebih memahami karakter pasangannya.

 

Saya hargai teguran itu.

 

Ok, dalam isu mengaitkan pasangan yang sudah lama berkahwin, saya teringat untuk bertanya, sejauh mana kita boleh mengaku bahawa kita cukup memahami pasangan masingmasing?

 

Ambil tahu dan benar-benar tahu apa yang mereka mahu?


S

aya nak kongsi satu cerita amat menyentuh hati saya, begitu memberi kesedaran kepada saya daripada pengalaman penulis buku "Men Are From Mars, Women Are From Venus," John Gray.

 

John menceritakan, pada hari keenam selepas isterinya, Bonnie bersalin, dia kembali bekerja setelah lima hari bercuti.

 

Bonnie mengalami komplikasi yang agak teruk dan perlu ambil ubat tahan sakit.

 

Tetapi melihat isterinya beransur sembuh, John ke pejabat dengan keyakinan bahawa Bonnie tidak akan hadapi sebarang masalah sepanjang ketiadaannya di rumah.

 

Namun tanpa dia tahu, Bonnie kehabisan ubat pada hari itu.

 

Kebetulan adik John datang melawat lalu Bonnie minta kepada iparnya itu untuk belikan dia ubat.

 

Entah apa puncanya, adik John terus tidak kembali selepas keluar dari rumah. Terlupa agaknya! Bonnie pula tidak hubungi John.

 

Dia menunggu iparnya itu yang terus tidak pulang hingga petang. Boleh kita bayangkan bagaimana terseksanya Bonnie?

 

Sudahlah diri sendiri azab menahan sakit, terpaksa pula uruskan sendiri anak yang masih kecil sedangkan untuk bangun berjalan pun dia tidak mampu.

 

Lewat petang, melihat suaminya pulang, Bonnie terus mengadu: "Saya sakit sepanjang hari kerana ubat habis, tiada siapa pun yang peduli..."

 

John bertanya: "Mengapa kamu tak telefon saya?"

 

Jawab Bonnie: "Saya sudah minta adik kamu belikan tapi dia tak pulang."

 

Mendengar itu, John mula rasa tak selesa. Dia tertanya-tanya, mengapa dirinya seperti dipersalahkan sedangkan Bonnie sendiri tidak pula hubunginya untuk minta dibelikan ubat.

 

Terlupa keadaan Bonnie yang sedang sakit, John sendiri turut berasa emosi terhadap isterinya.

 

Mereka bertengkar. John terus capai kunci kereta lalu melangkah ke arah pintu.

 

"Saya yang keletihan, tak cukup tidur, baru pulang dari pejabat sudah tak dapat tahan lagi emosi.

 

Kami berdua sudah sampai tahap tepu," tulis John pada bahagian pengenalan bukunya itu.

 

Dalam masa beberapa saat itu, berlaku sesuatu yang terus mengubah hidup John, juga isterinya.

 

"Bonnie berkata kepada saya sambil menangis, John ... tolong jangan pergi. Saya sangat memerlukan kamu saat ini. Saya sakit tetapi saya lebih memerlukan kamu, bukannya ubat. Tolonglah dengar cakap saya." Kata-kata itu terus mematikan langkah John.

 

Kata Bonnie lagi: "John, kamu nak jadi teman waktu saya senang saja? Waktu saya cantik, kamu selalu mahu bersama tapi apabila saya dalam keadaan begini, kamu mahu tinggalkan saya? Kamu lebih nak jauhkan diri daripada saya dengan alasan mahu beli ubat?"

 

"Sekarang saya sakit, saya tak mampu berikan kamu apa-apa, tapi inilah saatnya saya sangat memerlukan kamu. Datanglah, peluklah saya. Kamu tak perlu cakap apa-apa. Saya cuma mahu rasakan kamu masih sayangkan saya. Tolong jangan pergi!"

 

Ketika itu juga, John melangkah ke arah isterinya. Mereka berdakapan dalam linangan air mata.

 

Bagi John, peristiwa itu benar-benar meninggalkan kesan yang teramat mendalam. "Saya mula memahami makna cinta yang sebenar. Saya selalu menyangka saya menyintainya tapi saya tak pernah sedar bahawa cinta saya hanya ketika dia ketawa,ceria.

 

Semasa dia marah atau kecewa, saya mudah terasa saya dipersalahkan tanpa sebab, mula bergaduh dan mahu segera melarikan diri daripadanya. Itukah cinta?"


C

atatan ringkas ini, walaupun melibatkan orang kita tidak pernah kenal, namun jalan ceritanya hampir sama dengan yang kita sendiri lalui. Kalau masih ragu-ragu, tanya diri sendiri dalam hati.

 

Apakah kalau pasangan kita berada dalam situasi seperti Bonnie, apakah mudah kita angkat kaki ataupun cuba memahami situasi yang mengheretnya ke dalam emosi seperti itu?

 

Rasa sayalah, cerita ini ada persamaan dengan pengalaman ramai orang, termasuk diri saya sendiri.

 

Lalu peluang berkongsi ini, sama-samalah kita jadikan titik tolak untuk kita muhasabah diri, mengubah sikap daripada seseorang yang penting diri kepada yang lebih memahami. Tidak rugi dan tidak sia-sia untuk kita berlembut hati kepada pasangan.

 

Mereka bukan orang lain tetapi isteri kita sendiri juga.

 


*Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 26 April 2013

Unknown , Sabtu, Jun 22, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog