2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bandar purba Maya ditemui

Kesan runtuhan yang ditemui pakar arkeologi di bandar Chactun di Semenanjung Yucatan di Mexico.

 

Bandaraya Mexico, 21 Jun 2013 - Sepasukan pakar arkeologi menemui sebuah bandar purba kaum Maya yang tersembunyi di dalam hutan hujan di timur Mexico sejak beberapa kurun, penemuan yang diharap dapat membongkar punca kejatuhan tamadun mereka 1,000 tahun lalu.

 

Ketua pasukan itu, Profesor Madya Ivan Sprajc dari Akademi Sains dan Kesenian Slovania, berkata pihaknya menemui 15 piramid termasuk satu daripadanya setinggi 23 meter, gelanggang bola, plaza dan tiang batu berukir dikenali stelae.

 

Mereka menamakan bandar itu sebagai Chactun bermaksud Batu Merah atau Batu Besar.

 

“Kami dapati jumlah penghuni bandar itu kurang sedikit berbanding bandar kaum Maya, Tikal di Guatemala. Jumlah penduduknya mungkin 30,000 hingga 40,000 orang, tetapi kami perlu membuat penyelidikan,” katanya.

 

Sprajc berkata Chactun mungkin berada pada puncak kegemilangannya era akhir tamadun Maya pada tahun 600 dan 900.

 

Penyelidikan itu mendapat kelulusan Institut Kebangsaan Antropologi dan Sejarah Mexico dan dibiayai National Geographic Society bersama dua syarikat Eropah.

 

Sprajc berkata lokasi seluas 22 hektar terletak 120 kilometer ke barat Chetumal adalah kawasan terbesar pernah ditemui di tanah rendah Yucatan. Kawasan penempatan paling hampir ialah bandar Xpujil, 25 kilometer dari bandar purba itu.

 

“Keseluruhan lokasi diliputi hutan tebal,” kata Sprajc.

 

Walaupun tidak pernah diketahui penyelidik, Sprajc menemui bukti bandar purba itu pernah dikunjungi manusia 20 atau 30 tahun lalu.

 

“Kesan penggunaan peralatan dan kenderaan ada di kawasan itu kerana kami melihat bekas potongan pada pokok. Masalahnya mereka tidak memberitahu sesiapa,” katanya. - Reuters

 

Marjaki Rawo , Sabtu, Jun 22, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog