2+4 hrs...Twogether Fourever

/

PCMC hospital terbaik dunia

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2013 - Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) diiktiraf hospital terbaik dunia bagi kategori hospital pelancongan perubatan oleh organisasi antarabangsa bebas, Medical Travel Quality Alliance (MTQUO), bagi 2013.

10 Kedudukan

1.      Pusat Perubatan Prince Court , Malaysia.

2.      Asklepios Klinik Barmbek, Jerman

3.      Clemenceau Medical Center, Lebanon

4.      Fortis Hospital Bangalore, India

5.      Wooridul Spine Hospital, Korea

6.      Bumbungrad International, Thailand

7.      Anadulu Medical Center, Turki

8.      Bangkok Hospital Medical Center, Thailand

9.      Gleneagles Hospital, Singapura

10.  Asia Heart Institute, India.

 

Pemilihan dilakukan berdasarkan kaedah penjagaan pesakit luar negara yang menepati protokol klinikal standard selain kaedah rawatan terbaik ditawarkan PCMC.

 

Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Dr Chong Su-Lin, berkata banyak anugerah sudah diterima sepanjang tempoh tujuh tahun operasi tapi pengiktirafan kali ini menjadi titik mula terbaik bagi PCMC.

 

700,000 pesakit luar

“T

erima kasih kepada PETRONAS kerana mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi memastikan tahap kemudahan perubatan, perkhidmatan, kemudahan dan teknologi rawatan PCMC pada tahap terbaik dan semuanya untuk keselesaan pesakit.

 

“Kejayaan ini kami anggap sebagai permulaan terbaik untuk terus maju dan ia juga bermaksud satu tanggungjawab lebih berat bakal digalas supaya kami lebih komited memberikan yang terbaik kepada pelanggan terdiri daripada rakyat Malaysia dan pelancong yang datang dari seluruh dunia,” katanya di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Dr Mary Wong Lai Lin.

 

Kejayaan PCMC diumumkan MTQUO melalui siaran media, pada 8 Mei lalu di Bangkok dan Scottdale, Arizona, Amerika Syarikat.

 

Dr Lai Lin berkata, bilangan pesakit luar negara semakin bertambah dan tahun lalu, 671,000 pesakit mendapatkan rawatan di negara ini berbanding 583,000 pada 2011.

 

“Kami percaya tahun ini industri pelancongan perubatan negara terus meningkat dan kami jangka 700,000 pesakit luar mendapatkan rawatan di Malaysia tahun ini,” katanya.

Unknown , Jumaat, Jun 21, 2013 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. Adoiii.. hospital mahal macam ni tak larat den nak masuk kat situ...masuk hospital mahu, sakit den tak mahu :.)

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog