WASHINGTON, 20 Jun 2013 - Satu laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat, semalam memetik Russia dan China antara negara paling teruk di dunia dalam usaha menangani masalah buruh paksa dan perdagangan seksual yang memaksa kepada sekatan negara itu, selain turut mengundang kemarahan Moscow dan Beijing.
Laporan itu berkata, Russia gagal menyediakan keselamatan sistematik untuk mangsa penyeludupan manusia. Manakala China berdasarkan laporan itu tidak banyak bertindak untuk menghalang semua bentuk pemerdagangan dan menghukum pesalahnya.
Tindakan Amerika Syarikat itu menjatuhkan Russia dan China yang sudah sedia bermasalah dengan Washington, dalam kategori sama dengan Korea Utara dan Iran.
Jabatan negara itu meletakkan negara terbabit berdasarkan usaha mereka dalam menentang pemerdagangan manusia. Russia, China dan Uzbekistan berada di kedudukan paling rendah.
Russia dakwa tak tepat
K |
ementerian Luar Russia mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa laporan terbabit menggunakan metodologi yang tidak dapat diterima dalam meletakkan negara terbabit berdasarkan darjah simpati mereka dengan Washington.
“Dalam menentang jenayah terancang termasuk menangani pemerdagangan orang, pihak berkuasa Russia tidak pernah mengikut panduan bekerjasama dengan negara lain, selain tidak memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.
Russia berkata, mereka akan bertindak balas terhadap sebarang bentuk sekatan.
China tepis dakwaan
D |
i Beijing, jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying, berkata Washington sepatutnya mengambil satu langkah objektif dan pandangan berkecuali terhadap usaha China dan berhenti membuat penghakiman berat sebelah dan melulu.
China katanya, mencapai perkembangan positif dalam usaha menangani penyeludupan manusia di dalam dan luar negara.
Laporan Amerika Syarikat itu turut mengakui bahawa China mengambil beberapa langkah, termasuk berikrar untuk bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan meningkatkan kesedaran umum tetapi berkata, ia tetap bermasalah dengan beratus-ratus institusinya sendiri.
Laporan itu turut menjejaskan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dengan kedua-dua negara, yang sudah terjejas dengan cara menangani perang saudara di Syria dan isu lain, termasuk keselamatan siber. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "