Bangunan baru ibu pejabat perisikan Australia di Canberra yang hampir siap pembinaannya.
Pelayan komputer China juga curi maklumat sulit Jabatan Hal Ehwal Asing
CANBERRA, 28 Mei 2013 - Penggodam China dilaporkan mencuri pelan induk bagi ibu pejabat baru perisikan Australia bernilai lebih A$600 juta (RM1.76 bilion) ketika serangan siber ke atas sasaran perniagaan dan tentera di kalangan sekutu rapat Amerika Syarikat semakin meningkat, kata satu laporan berita Australia.
Penggodam juga mencuri maklumat sulit dari Jabatan Hal Ehwal Asing dan Perdagangan, yang menempatkan agensi perisikan luar negara, Perkhidmatan Perisikan Rahsia Australia, kata stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) lewat kelmarin.
Laporan ABC yang tidak menamakan sumber, berkata penggodam China menyasarkan syarikat berpusat di Australia lebih agresif berbanding difikirkan termasuk pengeluar keluli Bluescope Steel serta pengeluar komunikasi awam dan tentera Codan Ltd.
‘Kesilapan keselamatan’
P |
arti berpengaruh Greens semalam berkata laporan godaman adalah satu ‘kesilapan keselamatan’ dan menggesa satu inkuiri, namun kerajaan enggan mengesahkan pelanggaran keselamatan itu.
Menteri Luar Bob Carr berkata laporan tidak akan merosakkan hubungan Canberra dengan rakan dagang terbesarnya, China.
Kerjasama dengan China
“K |
ami memiliki ruang kerjasama yang luas dengan China. Saya enggan mengulas sama ada China melakukan apa yang didakwa atau tidak,” kata Carr kepada media semalam.
Serangan menerusi komputer syarikat pemaju pembinaan mendedahkan bukan hanya pelan bangunan, namun lokasi komunikasi dan rangkaian komputer, kata ABC.
Penganalisis keselamatan Australia Des Ball memberitahu ABC bahawa maklumat berhubung ibu pejabat perisikan belum dibina terdedah kepada serangan siber akan datang. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "