/

99% bayi dilahirkan ibu positif HIV tidak dijangkiti

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2013 - Kira-Kira 99 peratus bayi yang dilahirkan ibu positif HIV di Malaysia tidak dijangkiti virus itu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

 

Beliau berkata ini berikutan pelaksanaan program Pencegahan Jangkitan HIV daripada ibu kepada anak (PMTCT) sejak 1998 di semua pusat kesihatan  kerajaan.

 

PMTCT merupakan usaha menyeluruh bagi mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak sebelum, semasa hamil dan melahirkan anak serta selepas  bersalin.

 

"Liputan intervensi PMTCT di pusat kesihatan kerajaan meningkat daripada 49.7 peratus pada 1998 kepada 100 peratus pada 2011," katanya dalam ucapan pembukaan pada Forum Anggota Parlimen sempena Persidangan Global Women Deliver ke-3 di sini hari ini.

 

Rohani berkata kerajaan juga komited untuk menghapuskan jangkitan HIV secara vertikal menjelang 2015 menerusi penyediaan perkhidmatan PMTCT di  peringkat nasional yang berkualiti dan menyeluruh.

Strategi semasa Malaysia bertujuan mendekati wanita hamil, pasangan dan bayi mereka serta populasi paling berisiko, katanya.

 

Rohani berkata akses lebih besar untuk perkhidmatan penjagaan profesional dan perancangan keluarga di Malaysia menyebabkan nisbah kematian ibu  menurun daripada lebih 40 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup pada 1993 kepada 30 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup sejak tahun 2000.

 

Nisbah itu kekal pada 30 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup sehingga tahun 2010.

 

Mengulas pencegahan kanser dalam kalangan wanita dan remaja perempuan, Rohani berkata Malaysia merupakan satu daripada negara pertama Asia yang memperkenal program suntikan vaksin virus human papilloma (HPV) di peringkat nasional.

 

Beliau berkata sejumlah RM10 juta diperuntuk pada 2010 kepada Kementerian Kesihatan untuk memperkenal program itu kepada remaja perempuan berusia  13 tahun.

 

Pada sidang akhbar selepas itu, Rohani berkata pencapaian Malaysia dalam menjaga kepentingan wanita berhubung isu kesihatan dan penguasaan   ekonomi berada di tahap yang membanggakan.

 

Peranan Malaysia dalam menjaga hak wanita turut mendapat pengiktirafan agensi dan persatuan wanita antarabangsa, katanya.

 

Beliau berpendapat kuasa politik yang stabil juga penting bagi memastikan usaha ke arah pemerkasaan peranan wanita Malaysia dapat diterus dan dipertingkat.

 

"Persidangan kali ini merupakan satu peluang perkongsian bermakna kepada Malaysia bagi memastikan perjalanan negara ke arah negara maju, 2020  (berjalan) lancar," katanya. - Bernama

Adam Merah , Rabu, Mei 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog