/

Kementerian Pengangkutan : Nombor Pendaftaran WP Kuala Lumpur Baru Bermula W1A

PUTRAJAYA, 23 Mei 2013 - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baru iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis.

 

Beliau berkata nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini.

 

Katanya, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY.

 

"Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A.

 

"Siri berikutnya adalah W 1 B Sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di Kementerian Pengangkutan di sini Khamis.

 

Setelah berakhir dengan siri nombor W 9999 Y, ia akan bersambung dengan WA 1-9999 A sehingga WY 1-9999 Y dan WAA 1-9999 A sehingga WAY 1-9999 Y.

 

Siri baru ini akan berakhir dengan WYY 1-9999 Y.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berikrar untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

 

"Dengan kerjasama kementerian-kementerian yang berkaitan, saya yakin transformasi dapat dilaksanakan dan kehendak rakyat dan orang ramai akan dipenuhi," katanya.

 

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan Kementerian Pengangkutan yang terdapat sembilan bahagian, lima unit dan 12 agensi akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat.

 

Beliau berkata semua isu berhubung kait dengan Kementerian Pengangkutan di laut, udara dan darat akan diimbangi dan diberi perhatian, termasuk Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

 

"Ada isu yang memerlukan perhatian segera, sesetengahnya memerlukan keputusan kabinet sementara yang lain memerlukan keputusasn pihak ketiga.

 

"Isunya banyak, bukan setakat AES. Saya melihat pada semua isu.

 

"Isu seperti AES tidak boleh ditentukan dalam tempoh sehari sahaja... Saya adalah Menteri Pengangkutan untuk negara ini dan bukan hanya untuk AES," katanya.

 

Beliau diminta mengulas mengenai pelaksanaan AES apabila Jabatan Peguam Negara sebelum ini memutuskan untuk meneliti perkara berkaitan saman trafik yang dikeluarkan.

 

Pada Disember lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata langkah itu diambil berikutan kebimbangan pihak tertentu berhubung undang-undang dan perkara teknikal dan semua prosiding mahkamah yang berkaitan juga dibekukan sehingga kebimbangan berkenaan selesai. - Bernama

Adam Merah , Isnin, Mei 27, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog