/

Aliran air berusia 2.64 bilion tahun ditemui

ONTARIO, 23 Mei 2013 - Air yang ditemui jauh di dasar sebuah kolam takungan terpencil di Timmins di sini tersimpan selama 1.5 hingga 2.64 bilion tahun sejak kali pertama kehidupan muncul di planet, kata saintis Kanada dan British.

 

Air yang keluar dari telaga sedalam 2.4 kilometer di bawah permukaan lombong tembaga dan zink di utara bandar ini lebih tua berbanding mana-mana aliran air pernah ditemui.

 

Ia kaya dengan gas terlarut seperti hidrogen dan metana yang secara teorinya boleh menyediakan sokongan kepada kehidupan mikrob, lapor penyelidik dalam akhbar diterbitkan secara online Rabu lalu dalam jurnal Nature.

 

Apa yang pasti ialah kami dapat mengetahui bagaimana planet dapat mencipta dan memulihara sesuatu persekitaran mesra alam terhadap kehidupan mikrob selama berbilion tahun, menurut kenyataan daripada Greg Holland, pakar geokimia Universiti Lancaster yang menjadi penulis utama kajian.

 

Tidak kira apa juga keadaan permukaan, ia juga mendedahkan kemungkinan persekitaran sama di sub permukaan Marikh.

 

Penulis bersama bagi kajian itu datang dari Kanada termasuk Barbara Sherwood Lollar dan Georges Lacrampe-Couloume di Universiti Toronto; Greg Slater di Universiti McMaster di Hamilton dan Long Li, yang ketika ini penolong profesor di Universiti Alberta namun terbabit dengan projek itu ketika berada di Universiti Toronto.

Kehidupan mikrob

S

ebilangan anggota pasukan dari Kanada ketika ini menguji air terbabit untuk melihat jika ia mengandungi kehidupan mikrob.

 

Jika ia wujud, mikrob itu mungkin terasing daripada matahari dan permukaan bumi selama berbilion tahun dan mungkin mendedahkan bagaimana mikrob berevolusi dalam pengasingan.

 

Air purba itu dikumpul sejauh 2.4 kilometer bawah tanah di Timmins yang terasing selama puluhan juta tahun ditemui dalam air dengan bahan kimia sama pada kedalaman jauh sedikit di bawah permukaan di sebuah lombong emas Afrika Selatan, menggunakan gas hidrogen sebagai sumber tenaga, kata penyelidik.

 

Analisis gas xenon

P

enyelidik menganggarkan usia air berdasarkan satu analisis gas xenon yang larut di dalamnya.

 

Seperti mana elemen lain, xenon datang dalam bentuk jisim berbeza dikenali sebagai isotop.

 

Air dalam lombong Timmins mengandungi paras luar biasa tinggi isotop lebih ringan, xenon yang dianggap datangnya dari atmosfera bumi. - Agensi

 

Marjaki Rawo , Isnin, Mei 27, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog