ROKET Antares milik firma Orbital Sciences Corp. dilancarkan di fasiliti NASA di Pulau Wallops kelmarin.
ATLANTIK, Virginia, 22 April 2013 - Sebuah syarikat yang diupah oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) untuk menghantar bekalan perkakasan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berjaya melancarkan sebuah roket kelmarin.
Pelancaran itu dilakukan bagi menguji keupayaan roket Antares untuk melakukan penghantaran kargo yang besar ke angkasa lepas.
Kira-kira 10 minit selepas pelancaran dilakukan dari Kepulauan Wallops di Pantai Timur Virginia, syarikat Orbital Sciences Corp. mengisytihar ujian tersebut telah berjaya.
Roket prototaip itu berjaya sampai ke orbit yang disasarkan.
Syarikat dari pinggir Dulles itu dan sebuah lagi firma AS, SpaceX dipilih untuk membawa bekalan kargo ke stesen angkasa, selepas NASA menamatkan program ulang-alik ke angkasa sejak tiga dekad lalu pada 2011.
Agensi angkasa lepas itu mula beralih kepada syarikat swasta untuk tugas penghantaran kerana ia mahu memberi tumpuan kepada misi menghantar manusia ke asteroid dan planet Marikh. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "