Gajet elektronik seperti komputer tablet dan telefon pintar, boleh menyebabkan kanak-kanak ketagih, sekali gus mengubah perlakuan mereka menjadi individu yang gemar memberontak.
LONDON, 22 April 2013 - Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.
Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil.
Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya.
Menurut beliau, kanak-kanak di tenggara England yang tidak didedahkan identitinya itu, ketagih permainan tersebut sejak berumur tiga tahun.
Sehubungan itu, Dr. Graham menyarankan ibu bapa kanak-kanak itu supaya segera merawat anak mereka, kerana seandainya menunggu sehingga dia berusia 11 tahun, masalah itu akan menjadi teruk dan kanak-kanak tersebut mungkin memerlukan rawatan jangka panjang.
"Ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak-anak bermain iPad kerana mereka mudah tertarik dengan permainan video dalam gajet itu.
"Apabila kanak-kanak tadi sudah ketagih, mereka akan memberontak dan sikap mereka sukar dikawal sekiranya tidak diberi bermain gajet itu," katanya.
Menurutnya, terdapat kanak-kanak yang menghabiskan masa selama 36 jam untuk bermain gajet elektronik dan membuka sehingga 20 akaun Facebook.
Satu tinjauan terkini mendedahkan, lebih daripada separuh ibu bapa di England membiarkan anak kecil mereka menggunakan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar, sementara satu daripada tujuh ibu bapa membenarkan mereka menggunakan peralatan tersebut selama empat jam sehari.
Sebanyak 50 peratus ibu bapa mengakui, membelikan anak-anak mereka peralatan digital, manakala sebanyak 81 peratus ibu bapa percaya anak mereka akan leka apabila bermain dengan permainan tersebut dan memudahkan mereka melakukan kerja-kerja lain.
Klinik Dr. Graham mengenakan bayaran sebanyak 16,000 pound (RM74,000) untuk rawatan 'program menyahtoksik peralatan digital' bagi menjauhkan kanak-kanak dengan gajet elektronik seperti iPad dan telefon pintar. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "