Salah satu perisa yang ditawarkan syarikat pengeluar manisan bebas gula.
London, 7 April 2013 - Ibu bapa sering memberitahu anak-anak bahawa memakan terlalu banyak gula-gula menyebabkan gigi cepat reput.
Alternatif bebas gula ialah aspartame - sejenis pemanis tiruan kontroversi yang diluluskan untuk penggunaan dalam makanan dan minuman tetapi menyebabkan kebimbangan potensi kesan sampingan.
Kini sebuah syarikat melancarkan pelbagai manisan bebas gula yang dikatakan bukan hanya 100 peratus semula jadi, namun mengandungi bahan aktif menyekat gigi rosak.
‘Bebas gula’
G |
ula-gula Tingz keluaran Peppersmith, yang digelar ‘bebas gula dan bagus untuk gigi’ ada perasa termasuk strawberi, vanila, oren dan limau mandarin.
Manisan kecil berbentuk bulat dibuat 100 peratus dengan xylitol, bahan semula jadi yang diperoleh dari pokok birch iaitu polipol atau gula alkohol.
Bahan itu rasanya sama dengan gula namun memiliki 40 peratus kurang kalori dan rendah GI, yang diluluskan secara meluas industri perubatan sebagai ejen bantuan menentang kerosakan gigi.
Di laman web mereka, Peppersmith berkata keupayaan xylitol untuk mengurangkan plak dan kerosakan gigi ditunjukkan dalam ‘beratus-ratus kajian klinikal dan lapangan.’
Ia mengurangkan bakteria berbahaya dalam mulut kepada 90 peratus, kata mereka.
“Ketika ini, manisan mengandungi xylitol diluluskan lebih 15 persatuan pergigian utama di seluruh dunia, termasuk Yayasan Kesihatan Pergigian British dan FDI (Persekutuan Pergigian Antarabangsa),” kata mereka.
Ada bukti di tempat lain untuk menyokong penggunaan preskripsi xylitol. Di Sweden dan Finland, kanak-kanak di sekolah diberikan gula-gula mengandungi xylitol untuk melindungi gigi mereka selepas makan.
Justeru, bagaimana ia berkesan? Di laman web mereka, Peppersmith menggariskan proses itu secara terperinci. Mereka berkata, kerosakan gigi bermula dengan bakteria dalam mulut digelar Streptococcus Mutans.
“Bakteria ini membentuk plak yang melekat pada gigi dan menyebabkannya rosak. Apabila anda makan, gula dalam makanan memberi bakteria itu tenaga dan mereka membiak dan mula menghasilkan asid.
“Apabila pH dalam mulut akhirnya menurun di bawah pH 5.5, permukaan enamel gigi mula larut. Proses sama berlaku setiap kali selepas snek atau makan dan jika ia berterusan, pada akhirnya gigi rosak". - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "