2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 3:57 PM

20Sabtu,April

Saintis temui planet baru

FLORIDA, 19 April 2013 - Saintis baru-baru ini berjaya menemui zon habitat di luar sistem solar yang berpotensi untuk didiami oleh manusia, termasuk sepasang planet yang mengorbit pada bintang induk yang sama.

 

Penemuan terbaru itu, sekali gus dimasukkan dalam senarai kira-kira 700 sistem solar yang ditemui sejak 1995.

 

Ketua Saintis, William Borucki yang bekerjasama dengan Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, planet baru tersebut mengorbit bintang induk yang dikenali sebagai Kepler-62 dalam kumpulan bintang Lyra dan terletak kira-kira 1,200 tahun cahaya dari Bumi.

Jelasnya, dua planet terbabit yang mempunyai saiz 1.5 kali ganda daripada Bumi, terletak pada kedudukan sesuai dari bintang induk dan dipercayai mempunyai sumber air yang sangat penting untuk hidupan.

"Berdasarkan kajian melalui sistem teleskop angkasa Kepler, kami mendapati dua planet yang ditemui dalam sistem solar Kepler-62 merupakan calon planet terbaik untuk didiami," katanya.

 

Model sistem solar yang dihasilkan melalui imej komputer menunjukkan dua planet itu yang dilabel sebagai Kepler-62e dan Kepler-62f, kelihatan kukuh dengan gabungan permukaan batu, ais dan campuran batu dan ais.

 

Terdapat tiga planet lain yang berada pada kedudukan yang lebih dekat dengan Kepler-62 dan didapati tidak sesuai untuk hidupan kerana terlalu panas.

 

Sehingga kini, Borucki dan pasukannya telah menemui lebih 2,700 calon planet untuk menggantikan Bumi.

 

Saintis turut menemui dua planet yang mengelilingi bintang induk lain, Kepler-69 dalam kumpulan bintang Cygnus dengan jarak 2,700 tahun cahaya dari Bumi.

 

Cahaya bergerak pada kelajuan kira-kira 299,792 kilometer sesaat, atau kira-kira 10 trilion kilometer setahun.

 

Teleskop yang berkuasa lebih tinggi diperlukan untuk mengkaji sama ada sistem solar terbabit mempunyai sumber air atau tidak. - Reuters

 

Marjaki Rawo , Sabtu, April 20, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog