BEIJING, 20 April 2013 - Lebih 50 peratus pesakit yang dijangkiti virus baru selsema burung di China tidak mempunyai hubungan dengan ternakan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam, mencetuskan persoalan mengenai sama ada virus terbabit boleh dijangkiti di kalangan manusia.
Virus H7N9 setakat ini menyerang 87 orang di China dan membunuh 17 orang, tetapi ia masih belum jelas bagaimana mereka dijangkiti penyakit itu. Seorang pegawai rasmi China awal minggu ini berkata kira-kira 40 peratus pesakit tidak mempunyai kaitan langsung dengan penternakan burung.
Wakil WHO China, Michael O’Leary mengeluarkan data terbaru tetapi berkata jangkitan manusia kepada manusia adalah jarang.
“Berikutan siasatan semakin mendalam kami mendapati bahawa lebih separuh daripadanya tidak mempunyai hubungan dengan ternakan,” kata O’Leary.
“Ia masih sejenis virus haiwan yang jarang menjangkiti manusia. Dengan pengecualian yang jarang berlaku, kita tahu bahawa orang ramai tidak mendapat sakit daripada orang lain.”
O’Leary berkata penyiasat menguji 80,000 burung bagi selsema tetapi hanya 40 yang diuji positif dan tiada daripadanya yang sakit.
Sepasukan pakar epidemiologi antarabangsa dan pakar lain diketuai WHO dan pegawai kerajaan China akan melawat pasar ayam hidup dan hospital dalam masa beberapa hari lagi di Beijing dan Shanghai. Ada di antara sampel burung di pasar diuji positif.
China memusnahkan beribu-ribu burung dan menutup beberapa pasar menjual ternakan hidup untuk cuba mengelak jangkitan.
Penyembelihan ternakan secara besar-besaran adalah terlalu awal, O’Leary berkata beliau bagaimanapun tidak mengkritik apa yang sudah dilakukan.
China memberi amaran lebih banyak jangkitan. Kebanyakan 87 kes dan 11 kematian berlaku di pusat komersial di Shanghai. – Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "