S |
EJAK kebelakangan ini, kita didedahkan dengan saranan supaya menjaga kesihatan dan makan makanan yang menyihatkan. Ia berikutan kajian terhadap meningkatnya tahap obesiti dan pelbagai penyakit di kalangan orang ramai.
Obesiti adalah punca kebanyakan penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit lutut serta lemah jantung dan kerosakan buah pinggang. Jadi, apa yang perlu kita buat? Hanya makan salad dengan dressing tanpa lemak? Atau makan ulam dengan sambal belacan? Kenapa makanan yang menyihatkan perlu 'membosankan'?
Selain mengubah gaya hidup dengan melakukan riadah atau senaman secara konsisten, apa yang penting ialah mengubah cara memasak.
Kaedah memasak yang paling tidak menyihatkan sekali ialah menggoreng. Malangnya, kebanyakan cara masakan orang Asia, khususnya orang Melayu, adalah menggoreng atau menumis.
Masalah 'makanan tidak sihat' juga adalah disebabkan oleh lambakan restoran makanan segera yang menyajikan burger serta roti atau ayam goreng dan piza yang di dalamnya terhimpun bahan-bahan yang tidak baik bagi kesihatan. Tentu sekali tidak patut menyalahkan sajian Barat yang sarat dengan kalori kerana pilihannya terletak di tangan kita sendiri!
Cara memasak yang menyihatkan adalah dengan cara mengukus, merenih (poaching/simmering), memanggang atau membakar dan seumpamanya.
Kebanyakan makanan Cina berasaskan kaedah mengukus terutama ikan. Hanya perlu masukkan bahan-bahan utama bersama ikan ke dalam pengukus. Jika kita suka makan kari ikan, apa kata kita campurkan rempah kari, sedikit sos, kicap dan bahan perasa lain bersama ikan. Kukuslah hingga ikan masak.
Ayam juga boleh dikukus tetapi hendaklah membuang kulitnya sebelum dimasak. Perap terlebih dahulu dengan pelbagai rempah-ratus supaya rasanya lebih sedap apabila dikukus. Jangan lupa kelar bahagian yang tebal seperti dada supaya ia mudah masak.
Untuk mengurangkan lemak dalam santan, hanya gunakan sedikit saja. Misalnya, resipi memerlukan dua cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa. Apa yang harus dibuat adalah mengurangkan sukatan menjadi satu cawan santan daripada setengah biji kelapa. Masakan tidak begitu lemak tetapi apa yang penting, ia menyihatkan.
Jika langsung tidak ingin menggunakan santan, bolehlah ditambah setengah cawan susu sejat (cair) apabila kuah sudah mendidih dan bahan utama seperti ayam, ikan atau daging sudah masak.
Bagi masakan seperti kurma, kari, masak merah, rendang dan lain-lain, anda masih boleh menambah 'kepekatannya' dengan mencampurkan dua hingga tiga biji buah keras yang ditumbuk halus.
Untuk menggoreng sayur menggunakan minyak, gantikan minyak masak yang biasa dengan minyak zaitun. Khasiat minyak zaitun amat baik untuk jantung.
Selain itu, renjiskan minyak zaitun pada sayur-sayuran seperti lobak merah, bawang besar, sayur bawang putih, lada benggala, keledek, labu kuning dan lain-lain sebelum memasukkan ke dalam ketuhar. Memanggang sayur-sayuran terutama jenis 'berubi' akan membuat rasanya lebih sedap di samping mengekalkan kerangupannya. Untuk memendekkan masa memanggang, rebus sebentar sehingga separuh masak.
Simpan air rebusan sayur-sayuran bagi membuat sos atau kuahnya atau dicampur ke dalam sup ayam, ikan atau daging. Apabila menyediakan sup daging, sebaik-baiknya rebus sehari lebih awal. Kemudian biar sejuk. Buangkan lapisan lemak di atas air rebusan sebelum memasak sup seperti biasa.
Selain itu, anda boleh memasak sayur tanpa minyak langsung. Caranya ialah menjerang sedikit air bersama hirisan bawang merah dan bawang putih, ikan bilis atau udang. Bila mendidih, letak sayur-sayuran dan tutup periuk sebentar. Sayur akan masak di dalam wapnya. Kacau dan hidangkan sebai-baik saja sayur masak.
Sebaik-baiknya, panggang ikan di dalam daun pisang supaya ia lebih enak dan tidak mudah hangus. Kelembapan ikan akan kekal selain sambal atau bumbu yang membalut ikan akan membuatkannya lebih berperisa.
Ubahsuai sos untuk salad daripada mayonis (yang berkalori tinggi) kepada sos yang diperbuat daripada jus limau nipis, lemon atau oren. Campurkan jus dengan sedikit minyak zaitun, madu, garam dan serbuk lada hitam. Tambah daun-daun herba ke dalam salad supaya aromanya lebih harum.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "