SETIAP kali sayur-sayuran diberi kepada anak anda, mimik mukanya berubah.
M |
ulalah dia mengetepikan tauge, bayam atau sawi yang menyihatkan badan itu. Tabiat itu malahan boleh berterusan hinggalah dia dewasa.
Bagaimanapun, ada cara saintifik untuk anda pastikan mereka terdorong makan sayur, seperti yang ditekankan dalam laman Whole Nine.
#1: Mulakan dari awal
Ibu yang hamil harus biasakan makan sayur agar bayi dalam kandungan akan membangun rasa cinta pada sayur-sayuran tersebut.
Menurut pengkaji daripada Pusat Deria Kimia Montell di Philadelphia, bayi boleh dibimbing menyukai makanan sihat dari rahim lagi. Perisa lobak merah, bawang putih atau pudina misalnya akan dialihkan pada bayi menerusi cecair amnion.
Apabila si ibu menyusukan bayinya, perisa ini juga mengalir dalam susu ibu. Lantaran itu, apabila mereka dewasa, mereka dengan sendirinya akan menggemari sayur-sayuran.
#2 Cari masa sesuai
Usah sekali-kali mengenalkan sayur-sayuran kepada anak anda sewaktu majlis keramaian seperti hari lahir atau Lebaran. Sebab, dalam mereka bersuka ria, tentunya mereka enggan mencuba makanan baru yang dianggap kurang menyelerakan.
Anda harus bersabar mengenalkan sayur-sayuran itu kepada anak anda. Dengan memberinya berulang kali di kala si anak sedang bertenang, lebih mudah dia menerima makanan itu.
#3: Dapatkan sayur-sayuran berwarna-warni
Pinggan makanan anak anda harus diisi dengan tujuh jenis sayur-sayuran dengan bermacam warna.
Anak yang cerewet akan tertarik menikmatinya jika dia mendapati lobak merah diukir seperti bentuk kereta atau brokoli pula kelihatan seperti rimbunan pokok.
#4: Gandingkan sayuran ini dengan sos lazat
Sejurus si anak mencecah usia dua tahun, sebilangannya akan takut mencuba makanan baru.
Bagi memastikan mereka gemarkan rasa sayursayuran yang pahit atau tawar, gunakan kuah salad avokado atau sos barbeku. Barulah rasanya lebih enak.
#5 Anda sendiri harus makan sayur
Jangan pula anda memaksa si kecil makan sayur tetapi anda pula lebih gemarkan coklat atau aiskrim.
Tunjukkan contoh yang baik. Ulangi kepada si anak betapa sedapnya brokoli atau bayam. Mereka gemar meniru dan tentunya akan mengambil contoh daripada tabiat pemakanan anda.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "