2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 20 April 2025   
@ 22 Syawal 1446H / 10:35 PM

8Isnin,April

Gelang pintar anticulik

·         Gelang Projek Natalia mendapat namanya menerusi kes pembunuhan aktivis Natalia Estemirova di utara Caucasus dalam 2009.

 

Moscow, 7 April 2013 - Ibu bapa dan rakyat dunia mungkin akan dapat mengurangkan sedikit tahap kerisauan mereka membabitkan isu jenayah culik global dengan adanya seutas gelang berteknologi tinggi baru yang menggunakan sistem Facebook dan Twitter sebagai amaran penculikan.

 

Dipetik MailOnline, gelang yang bernama Projek Natalia itu dipasang dengan peranti berteknologi pemandu arah satelit dan berhubung dengan media sosial untuk membolehkannya menyalurkan maklumat serangan hanya dalam satu saat.

Set pertama Projek Natalia dijangka dikeluarkan pada minggu ini di kawasan peperangan serta lokasi risiko tinggi kes penculikan.

 

Pertubuhan kempen Pertahanan Hak Asasi Awam Rusia yang juga menyumbang kepada pengeluaran gelang anti culik ini, mendedahkan ia berfungsi secara automatik jika pemakainya diserang atau dalam ketakutan serta jika ia ditanggalkan secara paksa.

 

"Setiap gelang dilengkapi sistem teknologi telefon bimbit yang membolehkannya menghantar pesanan segera kepada mana-mana pejabat Pertahanan Hak Asasi Awam sebelum disiarkan ke laman sosial," kata pegawai pertahanan awam, Robert Hardh.

 

Pada masa yang sama, gelang berkenaan akan menghantar lokasi sistem penentu kedudukan global (GPS) kepada pasukan penyelamat dan polis dalam beberapa saat sahaja.

 

Laporan BBC pula menyebut bahawa gelang pintar berteknologi tinggi bakal menemui para pengguna tidak lama lagi bagi mengelakkan pekerja daripada risiko culik atau dibunuh.

 

Penggera peribadi di gelang tersebut menggunakan teknologi Sab-nav yang boleh memberi amaran pemakainya berada dalam bahaya.

 

Amaran yang sama juga akan dihantar dalam bentuk mesej ke Facebook dan Twitter kepada majikan bagi memastikan pekerja mereka dapat dikesan.

 

Gelang pertama bakal diberikan minggu ini dan ramai pembiaya mahukan gelang yang sama dikeluarkan dengan lebih banyak lagi. Secara keseluruhan, 55 utas gelang bakal diedarkan menjelang akhir tahun depan.

 

 

Unknown , Isnin, April 08, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog