Usaha cegah wabak H7N9 dipertingkat
Shanghai, 7 April 2013 - China meningkatkan usaha mencegah wabak selesema burung yang membawa maut di Shanghai semalam dengan membasmi kuman di sekolah dan menutup perniagaan burung ketika media tempatan mengkritik penternakan yang membantu menyebarkan penyakit itu.
China mengesahkan 19 kes virus H7N9, setakat ini menutup kawasan pantai timur sejak pengumuman seminggu lalu bahawa virus terbabit ditemui dalam manusia buat pertama kali. Setakat ini enam kematian dicatatkan.
Pihak berkuasa di Shanghai menggesa perlindungan kesihatan dan keselamatan pelajar manakala televisyen tempatan menunjukkan pekerja membasmi kuman di bilik darjah sebagai persediaan untuk pelajarnya kembali bersekolah selepas sehari bercuti.
Shanghai yang melaporkan dua kes terbaru kelmarin menjadikan keseluruhan kes di bandaraya itu adalah lapan dengan empat kematian, melarang jualan burung hidup dan menutup pasar dalam usaha menghalang penyebaran penyakit.
Kerajaan Shanghai dalam satu kenyataan di halaman webnya semalam berkata ia menyekat hampir dua juta pembelaan merpati dan melarang semua jenis pertandingan. Membela merpati dan pertandingan suara burung adalah hobi popular di China. - AFP
H7N9 menular di Shanghai
· H7N9 menular di Shanghai Doktor dan jururawat menghadiri kursus latihan bagi rawatan virus H7N9 di sebuah hospital, tempat seorang pesakit H7N9 sedang dirawat di Hangzhou, wilayah Zhejiang.
· Virus baru selesema burung dikesan di dua lagi pasar
Shanghai, 7 April 2013 - Virus baru selesema burung yang mengorbankan enam orang ditemui di lebih banyak kawasan di pusat kewangan China selepas pihak berkuasa melupuskan lebih 20,000 ayam di sebuah pasar besar jualan ternakan di sini.
Sampel mengandungi virus H7N9 ditemui di dua pasar menjual produk pertanian di daerah Minhang di Shanghai, kota yang mempunyai 23 juta penduduk, lapor agensi berita Xinhua.
Pasar itu terletak dekat pasar menjual ternakan hidup Huhuai, tempat merpati dijangkiti virus itu dikesan awal minggu ini sebelum ia dilupuskan.
Virus H7N9 itu menjangkiti 16 orang di China, semuanya di sebelah timur negara itu.
Enam orang maut dan wabak itu menimbulkan kebimbangan di negara luar hingga menyebabkan saham syarikat penerbangan di Eropah dan Hong Kong dijual.
Virus baru itu tidak menjangkiti antara manusia namun pihak berkuasa China dan Hong Kong tetap mengambil langkah tambahan.
Shanghai sudah melarang semua ternakan hidup dari kawasan lain memasuki bandar itu dan menutup tiga pasar untuk mengekang penyebaran virus berkenaan, kata Xinhua.
Perhebat pengawasan
Kerajaan Hong Kong pula memperhebat pengawasan ke atas pelancong dan ternakan yang masuk ke bandar itu.
China dan Hong Kong terjejas teruk akibat epidemik Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) 2002-2003 yang bermula di China dan mengorbankan kira-kira satu persepuluh daripada 8,000 mangsa di seluruh dunia.
Di Chicago, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan satu buku panduan kepada doktor bagi membantu mereka mengenal pasti sebarang virus termasuk H7N9 meskipun belum ada kes di Amerika.
Setakat ini, virus baru itu menjangkiti 16 orang di China dan tidak didapati berupaya memindahkannya di kalangan manusia, kata Dr Thomas Frieden dari CDC.
Selain itu, 16 kes berkenaan disahkan jelas terasing dengan tiada kaitan dengan jenis selesema yang mengatakan ia dipindahkan sesama manusia, kata Frieden.
Bagaimanapun, dua daripada 16 mangsa yang dijangkiti mempunyai anggota keluarga yang sakit dan pihak berkuasa kesihatan China sedang menilai kes terbabit untuk melihat jika ada jangkitan dalam keluarga.
Frieden berkata, CDC tidak mengeluarkan sebarang nasihat rasmi perjalanan dan tiada langkah diperlukan warga Amerika untuk melindungi diri walaupun CDC memberi amaran kepada doktor.
“Hari ini, kami mengeluarkan nasihat kesihatan untuk memaklumkan pemilik klinik dan pakar kesihatan awam di seluruh Amerika apa yang sedang berlaku dan apa mereka perlu lakukan jika mengesyaki ada kes terhadap seorang pelancong yang kembali dari China dari segi ujian, kawalan jangkitan dan penjagaan,” katanya.
CDC bangunkan ujian
Frieden berkata, CDC membangunkan satu ujian yang mungkin boleh digunakan untuk mengimbas pelawat yang sakit teruk kembali dari China untuk virus baru itu dan berkata Amerika sedang membangunkan kit ujian diagnostik yang akan diagihkan kepada China dan negara lain bagi memastikan diagnosis pantas.
Kit seperti itu dapat membantu membendung penyebaran virus jika ia diketahui menjangkiti sesama manusia.
Dengan selesema itu, Frieden berkata ada dua faktor penting iaitu sejauh mana virus itu berbahaya dan cara ia merebak di kalangan manusia.
Pihak berkuasa tidak akan tahu jawapannya sehingga mereka menguji lebih ramai orang berbanding 16 kes awal. - Reuters
Akhbar China dakwa sektor pertanian punca risiko selesema burung
SHANGHAI, 7 April 2013 - Akhbar di China telah menyalahkan kaedah pertanian meningkatkan risiko wabak maut selesema burung H797 merebak daripada haiwan hingga ke manusia.
Di China, sebanyak 18 kes telah dikenal pasti dan enam kematian telah direkodkan sejak virus selesema burung baru ini dikesan pada tubuh manusia buat pertama kalinya di pantai timur minggu lepas.
“Kebiasaannya, penyakit sebegini jarang berlaku di kawasan pedalaman. Mengapakah perkara ini berlaku sebaliknya di negara kita?” lapor akhbar berbahasa Inggeris China, Global Times.
Pihak berkuasa di China yakin tiada bukti kukuh yang menyebabkan virus ini boleh merebak sesama manusia dan kesimpulan ini disokong penuh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "