IBU kembar lapan, Nadya Suleman bersama anaknya di rumah mereka di California, Amerika Syarikat.
Doktor kini tak lagi perlu tanam banyak embrio dalam rahim
SAN FRANCISCO : Kejayaan baru dalam teknologi persenyawaan luar rahim (IVF) memberikan peluang kepada bakal ibu untuk hamil tanpa risiko kelahiran kembar dan masalah kesihatan.
Sebelum ini kadar kejayaan IVF berdasarkan peluang hamil ditingkatkan dengan bilangan embrio ditanam dalam rahim.
Kini semakin ramai wanita memilih memindahkan satu embrio pada satu masa apabila doktor mendakwa dapat mengenal pasti yang paling sihat dan memberi ia peluang terbaik untuk selamat dalam rahim.
Antara 1980 dan 2009, amalan biasa menanam banyak embrio membawa kepada kadar kelahiran kembar dua dan lebih seperti dialami ibu kembar lapan, Nadya Suleman.
Bagaimanapun, ketika ujian genetik semakin baik, doktor lebih mudah mengenal pasti embrio yang aktif. Jika telur sihat yang disenyawakan boleh membesar dalam makmal untuk lima hingga lapan hari pertama, ia mempunyai peluang lebih baik untuk hidup dalam rahim.
Kira-kira 100 pusat kesuburan di seluruh negara mempunyai kemampuan itu dan menggesa pesakit mempertimbangkan penanaman tunggal embrio.
Di Pusat Sains Reproduktif di Teluk San Francisco, peratus pemindahan embrio tunggal terpilih meningkat dua kali ganda daripada 2009 hingga 2010 kepada 30.5 peratus daripada 593 kitaran – kira-kira dua kali ganda purata pemindahan embrio di seluruh negara.
Pemilik kemudahan itu, Dr Louis Weckstein, menjelaskan kepada MSNBC: “Jika anda memindahkan embrio tinggal kepada wanita berusia 37 tahun atau lebih muda, atau dengan telur yang didermakan, dan ia adalah embrio berkualiti tinggi, kami tidak melihat kadar kehamilan berbeza berbanding anda memindahkan dua embrio berkualiti tinggi.”
Namun klinik yang lain kekurangan dana dan teknologi yang menjamin embrio sihat bergantung kepada kaedah penanaman banyak dengan harapan sekurang-kurangnya satu akan hidup.
Garis panduan industri itu mencadangkan tidak lebih dua hingga lima ditanam bagi setiap satu kitaran IVF, bergantung kepada umur dan keadaan penerima.
Proses itu mahal dan menyebabkan trauma secara emosi kepada penerima dan banyak pesakit melihat kesempatan meningkatkan peluang kejayaan dan tidak memikirkan cabaran, jika mereka menanam lebih banyak embrio.
Pakar di Institut Perubatan Reproduktif di Pusat Perubatan Saint Barnabas, Dr Natalie Cekleniak, berkata pesakit amat terdesak dan tidak melihat sesuatu perkara secara objektif. – Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "