Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 9:07 AM

25Isnin,Mac

Minuman dalam botol lebih mudah tercemar

London : Minuman dalam botol mungkin lebih mudah tercemar dan menjadi sumber pencemaran berbanding air paip, dakwa satu kajian baru.

 

Walaupun kos bagi minuman botol lebih tinggi berbanding air paip, namun ia lebih tercemar dan menjadi sumber jangkitan, lapor akhbar Daily Mail yang memetik kajian oleh penyelidik pasaran Mintel.

Secara purata, penduduk Britain minum 33 liter minuman botol setiap tahun, tidak kira sama ada ia air mineral, minuman bergas atau air paip disulingkan.

Jalani ujian bulanan

Hampir satu perempat daripada penduduk yang minum air botol di rumah berkata, mereka melakukannya kerana percaya ia adalah lebih baik berbanding air paip.

 

Tetapi, apa yang pengguna tidak sedari adalah air paip diperiksa setiap hari di bawah pemeriksaan ketat.

 

Ia juga mengandungi klorin yang menghalang sebarang penyebaran pencemaran bahaya seperti jangkitan bakteria. Ini berbeza sekali dengan air botol kerana pengeluarnya hanya dikehendaki menjalani ujian bulanan terhadap sumber produk itu.

 

Sebaik saja ia diisi dan diketatkan, minuman botol terbabit akan berada di dalam tempat simpanan selama beberapa bulan sebelum ia dijual.

 

Tiada bahan tambahan

Air botol tidak mengandungi bahan tambahan pembasmi kuman seperti klorin. Selepas air botol dibuka, ia tidak lagi mengekalkan mutunya dan perlu diminum dalam masa beberapa hari.

 

Pernah beberapa bungkusan air botol terpaksa ditarik balik dari pasar raya Britain disebabkan kebimbangan mengenai pencemaran. - Agensi

Adam Merah , Isnin, Mac 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog