NEW YORK, 5 Mar. 2013 - Bilionair dari Mexico, Carlos Slim yang merupakan taikun telekomunikasi America Movil dan pemilik kumpulan Grupo Carso mengekalkan kedudukan individu terkaya untuk tahun keempat berturut-turut dengan jumlah kekayaan dianggarkan bernilai AS$73 bilion (RM226.48 bilion).
Kekayaannya meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) berbanding pada tahun lepas.
Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates dari Amerika Syarikat menduduki tempat kedua diikuti pemilik rangkaian pakaian jenama Zara, Amancio Ortega dari Sepanyol.
Senarai kekayaan itu dikeluarkan majalah Forbes kelmarin.
Gates yang menduduki tempat kedua mempunyai anggaran kekayaan sebanyak AS$67 bilion (RM207.8 bilion) iaitu meningkat sebanyak AS$6 bilion (RM18.6 bilion) berbanding tahun 2012.
Ortega pula berjaya melonjak ke tempat ketiga dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$57 bilion (RM176.8 bilion).
Slim and Gates mengekalkan kedudukan nombor satu dan dua sebagai individu terkaya di dunia sama seperti pada tahun lepas.
Senarai individu terkaya di dunia kini meningkat kepada 1,426 orang termasuk 210 muka baru.
Terdapat juga peningkatan ketara jumlah bilionair wanita yang kini berjumlah seramai 138 orang berbanding tahun lepas yang mencatatkan jumlah 104 orang.
Individu terkaya di Asia masih milik Li Ka-shing dari Hong Kong dengan jumlah kekayaan dianggarkan bernilai AS$31 bilion (RM96.1 bilion). - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "