Singapura, 14 Mar 2013 - Singapura berada dalam tahap akhir menilai jet tempur F-35 Amerika Syarikat untuk menaik taraf tentera udaranya. Jadi, Singapura tentu akan segera membuat tempahan berpuluh-puluh jet yang berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan penghantaran, kata sumber.
Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini.
Republik itu akan memulakan proses minggu ini untuk membeli pesawat yang dibina Lockheed Martin Corp itu, kata seorang pegawai. Pratt & Whitney, satu unit dalam United Technologies Corp, membina enjin untuk F-35.
Selasa lalu, menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata tentera udara mengenal pasti F-35 sebagai pesawat paling sesuai untuk usaha memodenkan armada perang.
“Pesawat F-5 milik kami menghampiri tahap akhir operasi dan F-16 dalam fasa pertengahan. Kita kini dalam tahap akhir menilai F-35,” katanya di Parlimen.
Ng tidak memberikan tarikh tetapi berkata kementerian pertahanan akan berpuas hati jika jet pejuang itu menepati keperluan jangka panjang, memulakan operasi, dan paling penting ia berkesan dari segi kos.
Tentera Udara Singapura kini memiliki 24 F-15SG, 20 F-16C dan 40 F-16D, 28 F-5S dan sembilan F-5T, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Ia juga memiliki 19 helikopter tempur AH-64D Apache.
Singapura yang ada 5.3 juta penduduk itu bercadang membelanjakan S$12.3 bilion (RM30.6 bilion) bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan 2013 bermula April ini, peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "