Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 2:51 PM

8Jumaat,Mac

Perunding: waris perlu bincang hal wasiat secepat mungkin

KUALA LUMPUR, 8 Mar. 2013 - Hal wasiat adalah perkara sensitif yang perlu dibincang secepat mungkin selepas berlaku kematian kerana ia sebenarnya satu cara untuk waris membantu menyelesaikan urusan si mati selain hutang piutang, menurut seorang pakar runding hari ini.

  

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Azrin Sabirin berkata masyarakat negara ini sebaliknya sering terkeliru antara budaya dan tuntutan sebenar selepas berlaku kematian dan lebih mengutamakan perkara lain yang tidak diwajibkan agama, seperti kenduri arwah yang adakalanya diadakan sehingga hari ke-100 kematian.

  

"Bila berlaku kematian, selepas (jenazah) dikebumi, lazimnya waris akan sibuk memikirkan apa juadah untuk kenduri arwah pada malamnya dan apabila ada salah seorang waris menyebut mengenai pembahagian harta, mereka dilabel sebagai tidak menghormati si mati.

  

"Hakikatnya, di dalam Islam, wasiat adalah satu tuntutan yang wajib disempurnakan segera selepas seseorang meninggal dunia selain dua tuntutan lain iaitu menyelesaikan proses pengebumian dan melangsaikan hutang si mati bagi memudahkan 'perjalanan' si mati," katanya pada kursus 'Harta dan Pusaka Orang Islam di Malaysia' di Wisma Bernama, hari ini.

  

Azrin berkata penyelesaian pembahagian harta atau wasiat secepat mungkin juga mampu mengelakkan pergaduhan antara waris sehingga membawa kepada perkara yang tidak diingini seperti kes pembunuhan yang pernah berlaku sebelum ini.

  

Wasiyyah Shoppe, yang ditubuhkan pada 2004, adalah satu-satunya organisasi di Malaysia yang memberikan perkhidmatan runding cara peribadi secara percuma kepada waris dan kini memiliki kira-kira 22,000 pelanggan di seluruh negara.

  

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.wasiyyahshoppe.com.my atau menghubungi 03-62509573.  - Bernama

Unknown , Jumaat, Mac 08, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog