NEW YORK, 16 Mar 2013 - Pengacara terkenal, Oprah Winfrey dipilih sebagai selebriti paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun kedua berturut-turut walaupun rancangan temu bual yang dikendalikan telah berakhir.
Perkara tersebut didedahkan menerusi majalah Forbes yang meletakkan wanita yang berusia 59 tahun itu di tempat teratas, sekali gus mengatasi pengarah filem terkenal, Steven Spielberg dan Clint Eastwood serta personaliti televisyen lain seperti wartawan terkemuka Barbara Walters dan pakar kewangan Suze Orman.
Sebanyak 48 peratus daripada responden memilih Winfrey sebagai selebriti berpengaruh, hanya turun satu mata daripada tahun lalu.
Senarai tersebut dibuat menerusi undian yang dijalankan oleh syarikat E-Poll Market Research, yang menyenaraikan lebih 7,500 selebriti berdasarkan 46 ciri-ciri personaliti yang berbeza.
Winfrey berhenti mengacara program The Oprah Winfrey Show pada Mei 2011 selepas 25 tahun melancarkan rancangan Oprah Winfrey Network (OWN) yang membicarakan gaya hidup wanita.
Ketua Eksekutif E-Poll, Gery Philpott berkata, pengaruh seseorang boleh membawa makna yang berbeza kepada orang lain.
Memberi contoh kepada Spielberg yang berada di tempat kedua dalam senarai, beliau berkata: "Pada hari ini cuba anda tanya kepada sesiapa sebelum pergi mandi laut,'' katanya yang merujuk kepada filem blokbuster Jaws pada tahun 1975.
Eastwood, yang menjadi tajuk-tajuk utama akhbar selepas berucap pada Konvensyen Kebangsaan Republikan tahun lalu, berada di tempat ke 10. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "