2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen :: Cili Girls : Part 3

HARI SUKAN….

 

C

uaca panas terik hari rabu itu tidak menghalang dari para pelajar berpusu-pusu memenuhi padang sekolah untuk menyaksikan acara sukan tahunan yang diadakan setiap tahun.

 

Dari kejauhan, Jullian dapat melihat deretan bazaar yang menjual pelbagai jenis makanan disekeliling padang itu. Sudah puas Jullian mengamati setiap khemah makanan yang dibina itu tetapi tiada pula dia melihat kelibat Stella mahupun Cili Girls. Walhal, mengikut kata Stella, semua bazaar hari itu akan diuruskan Cili Girls. Apa yang terlihat di mata Jullian, setiap khemah atau gerai makanan itu dijaga oleh para pelajar junior yang terdiri dari pelajar Tingkatan 3.

 

“Mar, laju lagi!!! Laju!!! Woo!!!”

 

Jullian terkejut kecil mendengar jeritan suara yang amat dikenalinya itu. Dia berpaling ke belakang. Jullian tersenyum kecil apabila dapat menangkap kelibat Stella serta Cili Girls yang sedang bersorak riang berhampiran garis track balapan. Segera saja dia menapak mendapatkan kumpulan itu.

 

“Amboi, bukan main kuat lagi kamu semua menjerit. Tak penat ke?”

 

Teguran Jullian menyebabkan lima pasang mata Cili Girls menoleh ke arahnya seketika. Stella pula segera berpaling ke arah track larian apabila mendapati tiada gunanya dia menjawab soalan guru kacak itu.

 

“Mar, sikit lagi!!! Sikit lagi!! Yes!!!”

 

Stella dan Cili Girls terlonjak-lonjak kegembiraan apabila Marziana kelihatan sampai ke garisan penamat larian di tempat pertama. Jullian turut sama bertepuk tangan. Agak senang hati melihat keakraban enam sahabat itu walaupun mereka semua diasingkan kepada empat buah rumah sukan yang berbeza.

 

Stella dan Marziana memakai baju t-shirt biru yang bermaksud mereka adalah ahli rumah pasukan Temenggung. Aina dan Siti Solehanom memakai t-shirt kuning mewakili rumah sukan Bendahara manakala Saddyana dan Sri Amira memakai t-shirt merah mewakili rumah sukan Laksamana.

 

“Kamu semua tak uruskan bazaar makanan yang kamu buka tu ke?”

 

Jullian bertanya setelah Cili Girls berhenti bersorak-sorak nama Marziana.

 

“Malaslah, kami anjurkan saja program jualan makanan tu. Biarlah pelajar junior yang tidak terlibat dengan sukan handle urusan jual beli. Kami lebih suka bersorak-sorak untuk rakan sekelas.”

 

Jawapan Aina hanya membuatkan Jullian menggeleng-geleng kepala. Tak bertanggungjawab betul Cili Girls ini!.

 

“Ada-ada sajalah kamu semua ini. Stella, kenapa tak pakai cap?. Awak tak panas ke?”

 

Jullian memerhatikan Stella yang langsung tidak memandangnya dan kelihatan khusyuk memerhatikan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bersedia untuk memulakan larian baton 4×100. Stella menoleh pandang ke belakang sebelum tersenyum lebar memandang guru kelasnya itu.

 

“Kalau tak panas dan tak berpeluh, bukanlah namanya menghadiri Hari Sukan cikgu.”

 

Hmph.. nama pun Stella, ada saja jawabnya!. Jullian hanya mampu menggeleng-geleng kecil sebelum mencabut topi cowboy yang dipakainya sedari tadi dan dia meletakkan topi itu di atas kepala Stella. Stella dan Cili Girls terlopong melihat tindakan drastik guru mereka itu.

 

“Jangan suka berjemur. Nanti kepala pening. Saya tak nak awak sakit dan ponteng sekolah.”

 

Stella memandang Cili Girls dan mereka hanya menjungkitkan bahu tanda tidak faham dengan ayat Jullian. Disebabkan semua ahli Cili Girls yang lain sudah memakai topi diatas kepala masing-masing, jadi Jullian tidak merasakan yang tindakannya memakai topi cowboy di atas kepala Stella adalah salah. Dia bimbang gadis itu akan jatuh sakit jika terlalu terdedah di bawah panas terik matahari.

 

Prett!’ Bunyi wisel kuat ditiup oleh guru yang menjaga garisan awal larian baton menyebabkan Cili Girls kembali bersorak kuat. Jullian terasa gegendang telinganya hampir pecah mendengar suara lima gadis itu. Mujurlah Marziana sedang berehat di khemah perserta larian, jika tidak mungkin Jullian tidak sanggup mendekati kumpulan yang bersuara nyaring itu.

 

“Katak, lari laju-laju!!!,” Sri Amira menjerit.

 

“Sissy, lari pantas-pantas!!!”, Saddyana menyambung.

 

“Raja, lari lebih laju dari dia orang semua!” Siti Solehanaom pula berteriak.

 

“Boo.. korang semua kalahlah!!!!!” Aina dan Stella melaung lebih kuat pula.

 

Dari pemandangan Jullian nampaknya kali ini Cili Girls menyokong perserta yang berbeza. Mungkin mengikut rumah sukan masing-masing. Entah siapa jejaka malang yang mendapat gelaran ‘Katak’ dan ‘Sissy’ dari Sri Amira dan Saddyana, Jullian tidak pasti. Nama ‘Raja’ yang disorak Siti Solehanom mungkin nama pelajar lelaki Tingkatan Enam Atas.

 

Aina dan Stella pula tidak menyorak kemenangan sesiapa tetapi mereka berdua mengeboo para peserta lain pula. Saja bikin havoc dan panas hati para peserta yang mendengarnya.

 

“Wah, lepas ni giliran pelajar lelaki Lower 6 pula memulakan larian. Stella standby suara kau. Kita mesti bersorak untuk pastikan hot guy rumah sukan kita menang!.”

 

Marziana yang datang entah dari mana, tiba-tiba saja memaut belakang Stella dan mereka tersenyum lebar. Jullian mengecilkan matanya meliahat empat orang hot guy yang dimaksudkan Marziana sedang berdiri di garisan permulaan larian. Siapa lagi empat hot guys itu kalau bukan Ikhram, Fareez Azwan, Hafiz dan Asuan. Bagi Jullian mereka berempat tidaklah se ‘hot’ dirinya.

 

Hahh sudah! Apa hal pula aku nak membandingkan diri sendiri dengan para pelajar lelaki lain. Jullian bermonolog dalam hati. Sebenarnya agak cemburu dan sakit hati apabila melihat Stella bersorak riang untuk lelaki lain. Jullian hanya mampu menggigit bibir melihat Cili Girls terlonjak-lonjak kegembiraan sambil menjerit nama empat perserta lelaki itu.

 

“Stella, lepas ni saya dan guru-guru lelaki akan berlari. Awak mesti sorak nama saya ya?.”

 

Stella melopong mendengar permintaan Jullian sebaik saja pengacara majlis memanggil nama beberapa orang guru lelaki untuk bersedia di garisan permulaan bagi pertandingan larian antara guru. Stella tidak menjawab pertanyaan Jullian dan hanya membiarkan guru muda itu berlalu.

 

Cikgu Jullian syok pada aku ke?. Stella bertanda tanya dalam hati.

 

“Cikgu Fahmi, lari laju-laju!!!”

 

Sebaik saja wisel ditiup, Stella menyorak nama Cikgu Fahmi dan ini menyebabkan Jullian hampir saja tersungkur di atas padang. Mujurlah dia tidak terjatuh dan berjaya meneruskan larian hingga ke garisan penamat di tempat pertama.

 

“Apa hal awak sorak nama Cikgu Fahmi?. Saya guru kelas awak ok?. Sepatutnya awak menyokong saya lebih daripada semua guru lelaki lain.”

 

Jullian segera saja mendapatkan Stella sebaik saja dia tamat berlari. Wajahnya kelihatan tegang dan peluh kebengangan terpercik di atas dahi. Jullian berasa sangat geram melihat wajah Stella yang langsung tidak mempamerkan riak bersalah itu. Cili girls yang lain hanya tersengih-sengih memandang mereka berdua.

 

“Cikgu ni.. dah gila agaknya. Takkanlah saya nak sokong cikgu sedangkan Cikgu perserta dari rumah sukan Panglima. Saya sokong Cikgu Fahmi sebab dia guru rumah sukan saya. Cikgu sihat atau tidak?”

 

Bicara selamba Stella menyebabkan wajah Jullian merona kemerahan menahan malu. Bagaimanalah dia boleh lupa yang Fahmi ialah guru rumah sukan Temenggung. Tak pasal-pasal menempah malu di hadapan Cili Girls.

 

“Saya tak gila dan sihat waalfiat saja Crystallisa Castella. Dahlah saya malas nak melayan awak. Bak sini topi saya.”

 

Untuk mengelakkan Cili Girls berterusan menyindir dirinya, Jullian pantas saja mengambil topi cowboy kepunyaannya dari atas kepala Stella dan dia berlalu pergi.

 

“Gila lah Stella, aku rasa Cikgu Daniel tu memang dah tangkap cintan dengan kau.” Sri Amira membuka mukadimah bicara yang mebuatkan hati Stella berdebar tak tentu pasal.

 

“A.. ahlah beb, padahal kita orang semua tak sokong nama dia juga, tapi.. dia boleh marah kau sorang hanya kerana kau sokong nama Cikgu Fahmi, mesti dia cemburu.” Marziana menambah.

 

“Betul tu. Dahlah dia boleh bagi kau pakai topi cowboy dia. Kita orang yang panas-panas ni, dia tak ambil kisah pulak.” Siti Solehanom menambah perisa hingga menyebabkan Stella ketandusan bicara. Stella menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

 

“Dia bagi aku pakai topi cowboy dia sebab aku takde cap. Korang kan dah ada cap,” Stella cuba menyangkal dakwaan semua sahabatnya.

 

“Bukan tu sajalah Stella, kau tak nampak ke tadi muka bengang dia bila kau sibuk terkinja-kinja bersorak nama pelajar Lower 6 tadi. Jelas sangat dia cemburu tengok kau sokong lelaki lain.”

 

Erk?. Dakwaan Aina betul-betul buat Stella terkedu. Jika benar Jullian sukakan dirinya, apa dia boleh buat?. Stella rasa.. Stella pun suka pada Cikgu Jullian.. Hahh, sudah!.

 

 

 


Bersambung……..


 

Oleh : anabella

 

Rokiah Mad Dom , Isnin, Mac 18, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog