Poster pameran Pastrana.
M |
ayat seorang wanita dilabel sebagai 'wanita paling hodoh di dunia' sejak 153 tahun lalu akhirnya, disemadikan di kampung halamannya di Mexico. Julia Pastrana mendapat gelaran 'terhodoh' apabila seluruh tubuhnya ditumbuhi bulu tebal selepas mengidap sejenis penyakit misteri.
Sebelum kematiannya, beliau menjadi sebahagian daripada bahan pameran seluruh Eropah sehingga meninggal dunia kerana komplikasi sewaktu melahirkan anak pada 1860. Ketika beliau meninggal dunia, jasadnya diawet untuk dipamerkan ke seluruh dunia.
Sejak berdekad lalu, jasad wanita paling hodoh di dunia ini tidak lagi dipamerkan. Tetapi dijadikan bahan kajian sebelum disimpan dalam bilik penyimpanan mayat di Institut Penyelidikan Oslo, Norway.
Beberapa tahun kemudian, seorang artis visual, Laura Anderson Barbata mendesak dengan berkempen supaya jasad wanita istimewa ini dikembalikan semula ke Mexico.
"Saya merasakan beliau Pastrana berhak mendapatkan maruahnya semula dengan disemadikan di tempat kelahirannya sekali gus menjadi sejarah dunia," kata Barbata juga pengkaji sejarah hidup Pastrana.
Barbata (dua, kiri) bersama kumpulannya berusaha mengembalikan jasad Pastrana ke Mexico.
Sejak mengkaji dan memperjuangkan maruah Pastrana lebih sedekad lalu, Barbata akhirnya berjaya membawa pulang jasad wanita itu untuk dikebumikan di Sinaloa de Leyva, Mexico.
Episod kisah hidup Pastrana bermula pada 1854 apabila beliau dibeli oleh pentadbir kebudayaan Mexico lalu dipamerkan kepada orang ramai di Amerika Syarikat dan Kanada.
Sejurus tiba di New York, Pastrana berkahwin dengan pengurusnya, Theodore Lent dan sejarah percaya lelaki tersebut mempunyai tujuan lain iaitu mahu mengawal sumber kewangan isterinya.
Lent kemudian mempamerkan Pastrana ke seluruh Eropah dengan gelaran 'wanita beruang'.
Pada 1859, Pastrana disahkan hamil dan anak dalam kandungannya juga membawa genetik sama seperti ibunya. Namun, bayi lelaki itu meninggal dunia selepas 35 jam dilahirkan.
Pastrana juga dilaporkan meninggal dunia lima hari selepas melahirkan anaknya di usia 26 tahun kerana masalah komplikasi dalaman.
Hayat Pastrana tidak sependek itu kerana Lent sanggup mengawet mayat isterinya dan anak lelaki mereka untuk tatapan umum.
Sejurus Lent meninggal dunia di pusat mental Rusia pada 1884, jasad kedua-dua anak beranak itu masih dipamerkan sehingga ia dicuri di Norway pada 1976.
Pada 1996, jasad Pastrana disimpan di dalam tempat penyimpanan di Institut Perubatan Forensik, Universiti Oslo.
Pada 2005, Barbata mempersoalkan kedudukan Pastrana dalam sejarah dan menggesa pihak universiti mengembalikan jasad wanita berbulu itu ke tempat asalnya.
Dalam 2012, Gabenor Sinaloa, Mario Lopez Valdez dan Duta Mexico ke Norway, Martha Bercena Coqui menawarkan untuk bekerjasama dengan universiti itu bagi membawa pulang jasad Pastrana.
Pada Ogos lalu, pihak universiti bersetuju menghantar pulang jasad wanita itu ke Mexico kemudian menyemadikannya di tanah perkuburan tempatan iaitu tempat kelahirannya. - MailOnline (3 Mac 2013)

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "