Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 4:46 PM

1Jumaat,Mac

Fakta tentang kencing manis yang anda perlu tahu

K

encing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut.

 

Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukos, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukos adalah sumber tenaga yang utama. Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga.

 

Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.

 

Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

 

Jenis-jenis kencing manis

Kencing manis jenis 1:

Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

 

Kencing manis jenis 2:

Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin, selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan.

 

Kebiasaannya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

 

Tanda-tanda penyakit kencing manis

Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:

Ø  Mudah haus atau dahaga

Ø  Cepat letih

Ø  Penurunan berat secara mendadak

Ø  Penglihatan menjadi kabur

Ø  Otot menjadi lemah

Ø  Gatal-gatal di kawasan kemaluan

Ø  Luka lambat sembuh

Ø  Kencing yang kerap

Ø  Lidah kering

Ø  Nafas berbau manis

Ø  Selera makan bertambah

 

Namun begitu, ada juga pesakit kencing manis tidak mempunyai tanda-tanda awal seperti yang di atas. Dalam erti kata lain, anda juga boleh menghidap penyakit ini tanpa sebarang tanda-tanda. Sebaiknya, anda tidak bergantung pada tanda-tanda awal dan dinasihatkan supaya anda menjalakan ujian di klinik kesihatan berhampiran.

Rawatan penyakit kencing manis

1.      Amalkan pemakanan diet yang baik

2.      Senaman secara serdahana setiap hari

3.      Mengambil ubatan atau insulin (atas arahan doktor sahaja)

 

P/S : Selagi anda boleh jaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat, insyaAllah anda bebas daripada penyakit ini. Semuanya bergantung pada anda dan hanya anda seorang sahaja yang mampu mengubahnya!

 

*Sumber

Unknown , Jumaat, Mac 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog