2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Saintis & Tahi Bintang di Rusia

Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang

MOSCOW - Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak.

Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut.

Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat sebarang penemuan.

Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu datang dari angkasa lepas.

"Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki komposisi meteorit," kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut agensi berita RIA Novsosti.

Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil semalam.

"Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas)," kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya.

Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit.

Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus.

"Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul," kata kenyataan.

Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir 5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih serius.

Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai mula bekerja.

Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak.

Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk serpihan batu tersebut. - AFP



 

53 serpihan meteor ditemui

Moscow: Saintis di Universiti Persekutuan Ural menjadi pihak pertama mengumumkan menemui 53 serpihan meteor yang menjadi punca 1,200 orang cedera baru-baru ini.

“Kami baru saja buat ujian dan dapat mengesahkan serpihan berwarna hitam itu yang ditemui di sekitar Tasik Chebarkul adalah daripada tahi bintang,” kata saintis Viktor Grokhovsky dari universiti berkenaan dan Akademi Sains Russia. - REUTERS



 

Saintis Rusia sahkan serpihan batu meteorit

 

MOSCOW, 18 Feb. - Sepasukan saintis daripada Akademi Sains Rusia mengesahkan serpihan batu luar biasa yang ditemui di kawasan pergunungan Ural, tengah Rusia, sebagai meteorit, yang jatuh baru-baru ini.

Agensi berita RIA Novosti, hari ini melaporkan, saintis yang melakukan ujian kimia ke atas serpihan batu tersebut, semalam merumuskan bahawa batu itu berasal dari angkasa lepas.

"Kami mengesahkan serpihan yang ditemui ketika ekspedisi di Tasik Chebarkul adalah meteorit," lapor akhbar itu memetik kenyataan seorang daripada pasukan penyelidik, Viktor Grokhovsky.

Beliau berkata, batu itu terbentuk daripada besi metalik, chrysolite dan sulfite.

Serpihan besar batu angkasa yang melintasi bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu, itu dikatakan menyamai kekuatan 30 butir bom nuklear yang digugurkan di bandar Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua.

Ia bersepai berpuluh-puluh kilometer di atas Bumi, namun serpihannya dipercayai terhumban ke beberapa tempat di wilayah perindustrian itu.

Tujahan meteor itu menghasilkan gelombang kuat yang memecahkan tingkap kaca lebih 5,000 bangunan di wilayah tengah Rusia dan juga mencederakan lebih 1,200 penduduk tempatan.

Fenomena aneh itu menarik minat ramai sehingga ada pihak menawarkan kira-kira 300,000 ruble (RM30,000) untuk mendapatkan bahagian asli batu angkasa itu. - AFP

 

 

Unknown , Selasa, Februari 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog