LOS ANGELES, 17 Feb. 2013 - Satu kajian mendapati perbuatan memakan makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh merosakkan hati seperti menghidap hepatitis.
Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata, kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.
Beliau berkata, makanan segera terutamanya kentang goreng sangat berbahaya kerana mempunyai bahan tambahan.
''Kita tahu kentang goreng ditambah garam dan digoreng dalam minyak yang berlemak, tetapi makanan ini juga ditambah gula. Kenapa gula? Kerana tindakan ini menjadikannya lebih garing,'' katanya dalam rancangan Amerika Syarikat (AS), The Doctors.
Beliau berkata, makanan seperti ayam goreng dan 'onion rings' pula sangat tidak baik kepada hati.
''Perubahan berlaku di dalam enzim hati seperti kesan jangkitan hepatitis. Penyakit ini boleh merosakkan hati,'' katanya.
Ordon memberi amaran sebarang produk yang ditandakan sihat atau segar di restoran makanan segera berkemungkinan tinggi mempunyai bahan kimia tambahan kerana tiada peraturan jelas tentang makanan berkenaan.
''Beberapa tempat menggunakan sejenis bahan dikenali sebagai propylene glycol yang merupakan sejenis bahan antibeku ke atas sayur-sayuran untuk mengelak daripada rosak.
''Walaupun jumlah itu kecil namun adakah anda mahu makan bahan antibeku,'' katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "