2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:49 AM

8Jumaat,Februari

Mata bionik berfungsi

Mata bionik pertama yang dibangunkan oleh sekumpulan saintis berjaya berfungsi seperti mata normal.


WASHINGTON, 7 Feb. 2013 - Selepas beberapa tahun menjalani penyelidikan, akhirnya mata bionik pertama yang dibangunkan oleh sekumpulan saintis berjaya berfungsi seperti mata normal.

Ini sekali gus memberi harapan kepada insan cacat penglihatan di seluruh dunia untuk kembali melihat.

Dibangunkan oleh syarikat Second Sight Medical Products, sistem retina palsu Argus II telah membantu lebih daripada 60 individu cacat penglihatan memperbaiki pandangan mereka.

Malah sesetengah daripada mereka mengaku keputusannya cukup memberangsangkan.

Mengandungi 60 elektrod yang diimplan di dalam retina dan kamera mini khas, Argus II sudah mendapat kelulusan daripada badan sewajarnya di Eropah.

Selepas ini, Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA), dijangka turut memberi kelulusan bagi membolehkan mata bionik itu digunakan di seluruh dunia.

"Mata bionik ini merupakan yang pertama dipasarkan di dunia, mulanya di Eropah dan kemudian di Amerika Syarikat (AS)," kata Naib Presiden Bahagian Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Brian Mech.

Menurutnya, individu yang mendapat manfaat daripada Argus II adalah mereka yang mengalami masalah retinitis pigmentosa, sejenis masalah berkaitan genetik yang jarang ditemukan, berlaku pada 100,000 individu di AS, berikutan kemerosotan bahagian penerima foto retina.

Jelasnya, sel penerima foto menukar cahaya kepada impuls elektrokimia yang kemudian dibawa ke otak melalui saraf optik, yang mentafsirkannya kepada imej.

"Alat tersebut bekerja dengan cara menggantikan fungsi penerima foto," kata Mech.

Sebanyak 30 individu yang buta berusia antara 28 hingga 77 tahun mengambil bahagian dalam ujian klinikal untuk produk tersebut. - AFP

 

Unknown , Jumaat, Februari 08, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog