2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 11:41 AM

7Khamis,Februari

Maklumat online paling dipercayai

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2013 - Masyarakat awam di Malaysia didapati sangat mempercayai maklumat diperoleh daripada enjin carian atas talian diikuti media tradisional dan sosial berdasarkan hasil Tinjauan Pengukur Kepercayaan 2013 Edelman Malaysia.

Pengarah Urusan Edelman Asia Tenggara, Bob Grove berkata, penemuan itu jelas membuktikan ruang dalam talian yang merangkumi media digital dan sosial, tidak boleh dipandang remeh sebagai sumber maklumat yang dipercayai.

“Skor kepercayaan tinggi terhadap 'media dimiliki' ini menunjukkan keperluan mendesak bagi semua pertubuhan mengemas kini dan menggunakan sepenuhnya aset korporat mereka seperti portal sesawang, Youtube dan Twitter untuk menyebarkan maklumat,” katanya.

Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa meskipun responden umum mempercayai perniagaan, namun hanya 26 peratus mempercayai pemimpin perniagaan bercakap benar, dan hanya 21 peratus mempercayai pemimpin kerajaan bercakap benar.

Pengarah Urusan Edelman Malaysia, Raymond Siva berkata, hasil kaji selidik itu menunjukkan masyarakat mengharapkan pertubuhan lebih memperlihatkan sifat kemasyarakatan berbanding kebolehan mengendali bagi mendapatkan kepercayaan mereka.

“Jelaslah bahawa pengaruh dan kuasa beralih daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pemimpin kerajaan kepada pakar dan rakan sebaya,” katanya. 

Beliau berkata, pemimpin kerajaan dan perniagaan mestilah mengubah pendekatan pengurusan untuk meningkatkan penglibatan mereka dengan mendapatkan input pekerja, pengguna, penggiat dan pakar seperti ahli akademik.

Menurutnya, dinamik kepercayaan telah berevolusi daripada Piramid Pengaruh tradisi yang menonjolkan maklumat dalam bentuk monolog serta dikawal dan diarahkan oleh hanya segelintir Segi Empat Pengaruh yang menampilkan maklumat dalam bentuk dialog.

Tinjauan ini juga menunjukkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus menjadi institusi paling dipercayai di Malaysia, dengan kadar yang meningkat daripada 68 peratus kepada 76 peratus pada tahun ini.

Edelman ialah firma perhubungan awam bebas terbesar di dunia yang mempunyai 66 pejabat dan lebih 4,500 pekerja di seluruh dunia serta ahli gabungan di lebih 30 bandar.

Unknown , Khamis, Februari 07, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog