KUALA LUMPUR, 6 Feb. 2013 - Lebih sepertiga pekerja rakyat Malaysia (38 peratus) dilaporkan tidak mendapat tidur secukupnya untuk memenuhi komitmen peribadi dan pekerjaan, sama ada kerana bangun terlalu awal atau tidur lewat, menurut satu kaji selidik.
Kaji selidik yang dijalankan Regus, penyedia tempat kerja flesibel terbesar di dunia, menunjukkan walaupun waktu kerja anjal ditonjolkan sebagai satu cara mengurangkan perjalanan, mewujudkan lebih masa bagi waktu tidur dan bersama keluarga dan meningkatkan produktiviti dan mengekalkan pekerja, hanya 60 peratus firma menghargai sumbangan pengurusan kerana menggalakkan usaha mewujudkan tenaga kerja fleksibel.
"Pekerja-pekerja juga menyebut bahawa singkatnya perjalanan (31 peratus) dan lebih banyak keanjalan lokasi (38 peratus) akan memberikan mereka lebih masa untuk dinikmati bersama dengan keluarga mereka selain mendapat masa tambahan untuk melelapkan mata.
"Oleh itu, perniagaan juga mendapat manfaat dengan memperkenalkan lebih fleksibiliti yang dilaporkan dapat menambah baik produktiviti (72 peratus) dan membantu mengekalkan kakitangan (82 peratus)," kata pengurus negeri Regus, T.Vijayakumar dalam satu kenyataan Rabu.
Dapatan itu berdasarkan temu bual dengan lebih daripada 24,000 perniagaan-orang ramai dari lebih 90 negara.
Vijayakumar berkata tidak cukup tidur boleh menjejaskan kesihatan pekerja dan suka bekerja lebih masa berkait rapat dengan penyakit jantung. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "