Bonus tinggi lahir anak
Singapura - Ibu bapa yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat hadiah lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.
Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).
Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.
Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).
Ini bagi membantu perbelanjaan penjagaan kesihatan anak dan akan dibayar sebanyak dua kali pembayaran.
Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan. - Straits Times
Bapa sambut anak baru diberi cuti 7 hari
Singapura - Penjawat awam lelaki mempunyai anak dilahirkan di republik ini mulai 1 Januari tahun ini akan mendapat cuti seminggu berbanding tiga hari sebelum ini, umum Divisyen Perkhidmatan Awam semalam.
Pegawai yang layak boleh menuntut cuti dalam tempoh 12 bulan mulai waktu bayi mereka dilahirkan.
Sebagai tambahan, pegawai itu turut layak berkongsi cuti bersalin seminggu isterinya jika wanita terbabit layak mendapat Cuti Bersalin Berbayar Kerajaan.
Ibu bapa mempunyai anak belajar di sekolah rendah berusia antara tujuh hingga 12 tahun memperolehi cuti dua hari menjaga anak.
Peningkatan cuti bapa, ibu bapa dan penjagaan anak untuk penjawat awam akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun ini.
Sejajar dengan pengumuman pakej Perkahwinan dan Keibubapaan diperbaiki Divisyen Bakat dan Populasi Nasional (NPTD) semalam, perkhidmatan awam dengan kakitangan seramai 77,000 orang melaksanakan cuti bapa, pertambahan cuti menjaga anak dan keibubapaan. - Straits Times

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "