2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 26 April 2025   
@ 28 Syawal 1446H / 3:24 AM

25Jumaat,Januari

Petua cantik: Miliki kulit wajah mulus

Menjaga kulit sepatutnya dijadikan sebahagian rutin harian kita. - Foto ihsan majalah Seri Dewi & Keluarga


W

ajah yang mempunyai parut jerawat akan menjejaskan keyakinan diri, begitu juga dengan masalah kulit yang tidak tegang yang membelenggu diri. Apa kata cuba petua mudah ini yang hanya memerlukan beras pulut dan telur ayam. Pertama sekali, kisarkan atau pun tumbuk beras sehingga hancur. Selepas itu campurkan dengan putih telur sahaja. Gaulkan sebati tetapi sebelum itu pastikan wajah sudah dicuci, dibilas dan dikeringkan. Ratakan sapuan pada keseluruhan wajah dan amalkan ia sekerap yang mungkin.

Nadiah binti Ramli,

Senawang, Negeri Sembilan.

 

Buah Pinang Kuruskan Badan

P

emakanan masa kini banyak menyumbang kepada masalah berat badan. Bagi yang berdepan kesukaran untuk menurunkan berat badan, petua ini mungkin boleh dicuba. Sediakan buah pinang, hiris nipis dan jemurkan sehingga kering. Selepas itu, tumbuk lumat sehingg bertukar menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk dan campurkan dengan sedikit air panas. Rendamkan semalaman dan amalkan minum pada waktu pagi dan petang. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan petua sekerap mungkin selama dua minggu.

Shahrina binti Abdullah,

Ipoh, Perak.

 

Usah Biar Rambut Terus Gugur

M

elihat rambut gugur sehelai demi sehelai pasti menerbitkan kegusaran dalam hati. Apa lagi apabila disikat, rambut yang gugur boleh jadi segumpal. Namun anda boleh mengatasi  masalah ini dengan mencampurkan air asam jawa dan santan di dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan wangi seperti bunga kenanga. Lumurkan rambut dengan campuran ini dan biarkan beberapa minit. Selepas itu bilas rambut tersebut  dengan air bersih.  Amalan ini mampu  menguatkan akar rambut sekali gus mengurangkan masalah rambut gugur.

Mazlina binti Ismail,

Kuantan, Pahang.

 

Tampil Meyakinkan Tanpa Kurap

K

ulit tidak sempurna dan ada kalanya kita berhadapan dengan masalah yang memalukan seperti kurap. Namun usah rasa rendah diri, sebaliknya anda boleh mencuba petua ini bagi mengatasinya. Caranya ialah tumbuk sayur bayam sehingga lumat dan setelah itu campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pula  pada bahagian bermasalah dan biarkan sehingga kering. Amalkan petua ini setiap hari dan kurap itu akan berkurang sedikit demi sedikit.

Siti Mariam binti Rahim,

Klang, Selangor.


 

 

* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga. Dapatkan edisi terbaru di pasaran

 

Rokiah Mad Dom , Jumaat, Januari 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog