2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pakaikan dirimu pakaian takwa

Hiasi diri dengan iman

demi jati diri muslimah sejati…

kerana dirimu begitu berharga

"Kenapa muka ummi berkerut-kerut?” tanya kak long sambil menghampiri saya. Saya menoleh memandang kepadanya sambil tersenyum, lantas kembali menatap gambar di skrin komputer yang penuh warna ceria.

“Wah! Cantiklah,” tukasnya tiba-tiba. Belum pun sempat saya menjawab, bebola anak matanya terlebih dahulu memandang skrin komputer. Teruja dan terpesona.

Corak yang bermotifkan floral abstrak dengan kombinasi satin warna ungu di bahagian dada, baju dari kain satin lembut warna hijau muda itu sangat menarik perhatian. Ditambah pula aksesori tambahan daripada batuan mewah, baju itu cukup memukau dan indah.

“Kak long suka?” soal saya pula. Kak long tersenyum lebar mengiakan pertanyaan saya.

Memang cantik. Sebagai perempuan, saya juga turut tertarik. Cuma, ada kerisauan yang berdetik setiap kali saya menemukan gambar-gambar se-umpama-nya. Perkara yang satu ini sungguh membimbangkan saya. Dari sehari ke sehari, perkembangannya merunsingkan hati.

Kecamuk jiwa mengenangkan nilai Islam yang diletakkan bergandingan dengannya, sedangkan paparan yang ada menunjukkan ia sangat jauh dari-pada ciri-ciri yang diharuskan agama.

Lebih-lebih lagi apabila pemakainya seakan-akan menonjolkan keindahan pakaian dengan bentuk tubuh yang masih jelas dapat diteroka oleh mata. Aduhai…

 

Melata

S

udah lama sebenarnya saya memendam keinginan untuk berbicara mengenainya. Namun, bak kata pepatah, diluah mati emak ditelan mati ayah. Saya serba salah. Bukan saya tidak bersyukur. Bahkan saya akur, dek perkembangan fesyen ‘pakaian Islam’ inilah, semakin ramai wanita muslimah hari ini mengenakan tudung dengan pelbagai cara dan gaya. Hal ini wajar mengembirakan saya dan kesyukuran ini dipanjangkan dengan tahmid kepada ALLAH S.W.T TUHAN Yang Maha Kaya.

Saya masih ingat, betapa sukarnya muslimah dahulu yang berjuang mempertahankan komitmen mereka untuk memenuhi kehendak agama walau bukan sedikit tentangan dan cabaran yang diterima.

Mereka diejek, digertak dan dipandang sebelah mata sama ada oleh pihak sekolah, majikan atau ibu bapa. Namun, semua itu tidak mengurangkan semangat mereka hingga bilangan yang ada bertambah dari semasa ke semasa.

Berkat kesungguhan dan kesedaran pelopor awal inilah, beransur-ansur muslimah bertudung mulai diterima di kalangan masyarakat yang bermula dari peringkat rakyat bawahan hingga kepada isteri-isteri pimpinan.

Kesan daripada itu, rekaan dan gedung pakaian yang menampilkan ciri Islam mulai berkembang. Ia melatari pesona dunia fesyen dengan meletakkan tuntutan syarak sebagai asas. Mendekati hati lembut wanita dengan variasi corak ilham perekanya dengan pelbagai tema:

Pesona muslimah trendy terkini. Santun anggun menyerlah. Sopan gaya kontemporari. Syarie cantik tidak kalah.

Ya, dari suatu segi ia suatu perubahan yang amat membanggakan, namun dari sudut lain ia me-wujudkan kebimbangan.

 

Salah

K

ebimbangan inilah yang melunturkan kegembiraan saya apabila melihat kepada penampilan pakaian yang tidak kena dengan namanya sebagai busana muslimah yang sempurna. Benar... ada yang labuhnya hingga ke bawah pinggul, berlengan panjang dan lengkap pula bertudung.

Akan tetapi, jika labuhnya masih lagi menampakkan susuk badan dan tudungnya tidak menutup bahagian dada, ia menjadi ciri-ciri pakaian yang bercanggah dengan tuntutan Islam.

Ciri-ciri pakaian yang digariskan dalam Islam adalah berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w iaitu seperti berikut:

      Menutup aurat sebagaimana sabda baginda:

Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh. - Riwayat Muslim

      Tidak nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh badan dari luar.

Telah berkata Aisyah r.a, ‘Sesungguhnya Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.” - Riwayat Abu Daud

      Tidak ketat atau sempit, tetapi mestilah long-gar dan selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh terutama bahagian dada dan pinggul wanita yang me-ngiur-kan nafsu lelaki dan mampu mengecur-kan keinginan syahwatnya dan seterusnya dapat menutup aspek kehaiwanan dari golongan itu.

      Warna pakaian itu tidak garang dan tidak terlalu terang. Tidak menyerlah atau menyilau pandangan sehingga bernafsu lelaki yang melihat-nya. Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya, pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi s.a.w ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam.

      Tidak sekali-kali memakai bau-bauan yang harum kerana ia mempunyai pengaruh ke atas nafsu lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki men-cium baunya disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai zaaniyah, iaitu pelacur atau penzina.

Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini (iaitu pelacur). - Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

      Tidak menyerupai (bertasyabbuh) dengan pakaian lelaki, iaitu tidak meniru atau me-nyerupai pakaian lelaki.

Ibnu Abbas r.a ber-kata: Rasulullah s.a.w telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki. - Riwayat Bukhari

      Tidak bertasyabbuh dengan pakaian perem-puan-perempuan kafir dan musyrik.

      Pakaian itu bukanlah bertujuan untuk libasush shuhrah iaitu untuk bermegah-megah, menunjuk-nunjuk dan berbangga.

 

 

Hati yang Belum Tunduk

S

aya percaya, rata-rata kaum muslimah hari ini, sedar akan perintah ALLAH S.W.T sebagaimana firman-NYA yang bermaksud:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mem-punyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui per-hiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung. - Surah an-Nur: 31

 

Dan firman ALLAH S.W.T:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri-mu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka meng-hulurkan jilbab-nya ke seluruh tubuh mereka.Yang demi-kian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. - Surah al-Ahzab: 59

Jelas dalam ayat di atas bahawa ALLAH S.W.T dengan kebijaksanaan-NYA, mewajibkan setiap mus-limah mukminah menutup seluruh anggota tubuh mereka. Melindungi lekuk-lekuk yang menggoncang sukma jejaka dan tidak memperlihatkan perhiasan melainkan kepada suami, ayah, bapa mertua, anak-anak dan orang yang dibolehkan melihat aurat mereka.

Ia bermaksud sebagai perlindungan kepada muslimah daripada pelbagai kerosakan dan tidak sekali-kali menjadi kekangan dan halangan untuk bergelandangan dalam aktiviti kemasyarakatan.

Seorang wanita dibolehkan berinteraksi dalam lingkungan sekitarnya dengan syarat menjaga kesopanan dan kewibawaan tanpa keluar dari batasan syariat.

Wanita yang hatinya terlindung daripada hidayah, sering menyatakan bahawa dengan pakaian cantik dan tampil bergaya, akan memiliki keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan suasana.

Namun, hakikatnya mereka se-benar-nya malu untuk keluar dengan gaya biasa tanpa penampilan yang anggun dan cantik. Mana mungkin penampilan seperti itu tidak akan menjadi santapan mata sang lelaki?

Malangnya, hati-hati itu sebenarnya masih dahaga-kan pujian manusia. Akhirnya, busana muslimah yang disarung hanyalah sebagai ‘kosmetik’ untuk kelihatan sopan semata-mata bukan jujur untuk menjalankan perintah Yang Maha Esa.

 

Pakaikan Dirimu Pakaian Takwa

K

esimpulannya, dengan perkembangan pesat pel-bagai jenis dan gaya busana muslimah sekarang ini, tidak bererti kita tidak boleh memakainya. Kenakanlah ia pada tubuh, asalkan tidak melanggar piawaian Islam yang telah digariskan.

Sebagai muslimah beriman dan bertakwa, seharusnya kita perlu menjaga hati agar dengan ‘tittlemuslimah’ itu tidak mengheret kita ke neraka. Sematkanlah niat yang ikhlas untuk mentaati perintah ALLAH dan jauhkan penyakit riak, ujub atau mencari populariti di kalangan manusia. Tunduklah demi cinta dan redha ALLAH semata. Benarlah firman-NYA yang bermaksud:

Hai anak Adam, sesungguhnya KAMI telah menurunkan kepadamu pakaian untuk me-nutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah se-bahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat. - Surah al-A’raaf: 26

Yakin dan sedarlah bahawa, andai seseorang wanita menjaga aurat dengan sempurna daripada pan-dangan yang bukan selayaknya, bermakna dia bukan sahaja menjaga maruah diri, bahkan maruah wanita mukmin seluruhnya. Sesungguhnya, per-ingatan ini demi kasih sayang saya kerana kita adalah wanita.

Kerana dirimu begitu berharga, capai duniawi jangan lupa ukhrawi. Pakaikan dirimu pakaian takwa, demi jati diri muslimah sejati.

 

Ingatlah... wanita solehah ialah wanita yang sentiasa mempunyai sifat malu walaupun berada di sisi suaminya!

 


*Oleh NORASLINA JUSIN & DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMAN, 25 Januari 2013

Muka Depan Buku Bicaralah Atas Nama Kasih oleh Noraslina Jusin & Zaharuddin Abd Rahman

Cik NiNe Che Kadir , Jumaat, Januari 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog