KUALA LUMPUR, 25 Januari 2013 - Kadar inflasi dijangka meningkat kepada 2.5 peratus pada 2013, dipacu oleh program penyusunan semula subsidi dan potensi pemulihan permintaan lewat tahun ini.
Alliance Research berkata kadar dasar semalaman di jangka kekal tidak berubah pada tiga peratus tahun ini, memastikan pendirian dasar monetari akomodatif dan paras kestabilan harga mencukupi, memandangkan paras rendah risiko inflasi berbanding pemulihan.
Pakar Ekonominya, Manokaran Mottain berkata inflasi Malaysia menyusut perlahan-lahan sejajar dengan harga komoditi global, terutamanya harga petroleum mentah.
Harga pam negara bagi petroleum dan produk berkaitan lain tidak berubah sejak penghentian sementara waktu pelaksanaan program penyusunan semula subsidi yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Kadar inflasi mencatatkan paras kemuncaknya pada 3.5 peratus pada Jun 2011.
"Di masa depan, walaupun kami menjangka kadar inflasi yang perlahan dalam separuh tahun pertama, potensi penurunan subsidi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka menekan pembalikan dalam tekanan harga pada separuh kedua 2013.
"Keseluruhannya, kami menjangka inflasi meningkat kepada 2.5 peratus, dipacu oleh pemulihan permintaan pada lewat tahun ini, dalam dan juga luar negara," kata Manokaran dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Inflasi susut sedikit pada Disember 2012, apabila indeks harga pengguna berkembang sederhana sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun berbanding 1.3 peratus tahun ke tahun pada November.
Ini merupakan paras terendah sejak Februari 2010, manakala lebih rendah daripada unjuran pasaran pada 1.38 peratus dan unjuran Alliance Research pada 1.3 peratus.
Keseluruhannya, kadar inflasi berterusan di bawah 1.5 peratus pada separuh kedua 2012, kekal pada 1.3 peratus bagi tempoh September-November. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "