S |
ELAIN mencemarkan alam sekitar, penggunaan beg plastik tanpa kawalan turut memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.
Ketua Bahagian Komunikasi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Andrew Sebastian berkata, menerusi beberapa fakta yang diperoleh, bahan kimia yang terkandung di dalam bahan plastik boleh menyebabkan penyakit merbahaya.
"Contohnya Bisphenol A iaitu monomer yang digunakan dalam pengeluaran polikarbonat boleh menyebabkan penyakit jantung dan pengeluaran tahap enzim organ hati yang luar biasa. Selain itu, Phthalates bahan tambahan yang digunakan dalam pembuatan filem berpaut plastik untuk meningkatkan fleksibiliti boleh memberi kesan buruk kepada sistem pembiakan lelaki," katanya.
Mengulas lanjut, Andrew berkata, bahan plastik jika dilupuskan dengan cara dibakar atau ditanam akan mendatangkan keburukan dan kerosakan kepada alam sekitar kerana mengeluarkan bahan kimia seperti nitrogen oksida, sulfur dioksida, bahan kimia organik meruap (VOC), dan bahan organik polisiklik (poms).
Selain itu katanya, pembakaran bahan plastik boleh mencemarkan udara kerana sepanjang proses pembakaran, ia akan mengeluarkan karbon dioksida.
Memperincikan kesan keburukan lain yang boleh berlaku sekiranya tidak dikawal penggunaan plastik, Andrew berkata, beg plastik yang dibuang merata tempat dan masuk ke dalam sistem longkang dan sungai boleh menyebabkan banjir kerana telah mengganggu kelancaran sistem perparitan.
"Selain itu, bekas atau beg plastik yang dibuang secara salah boleh menjadi bekas takungan air seterusnya tempat nyamuk membiak. Jika beg plastik masuk ke dalam laut, boleh menyebabkan maut kepada hidupan laut apabila dimakan kerana disangka makanan," katanya.
Menyentuh mengenai kempen Hari Tanpa Plastik, beliau berkata, kesedaran mengenai kempen tersebut semakin menunjukkan perkembangan positif.
"Bagaimanapun, ia perlu dipertingkatkan dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan yang menggunakan beg kitar semula ketika membeli belah atau mengenakan penalti kepada individu atau pihak yang membuang plastik secara merata-rata.
"Hal ini perlu diberi perhatian khusus dan tindakan segera perlu diambil serta dipantau oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.
Katanya, kesedaran yang telah ada ini tetapi masih pada tahap rendah terutamanya dari segi mempraktikkan langkah-langkah mengurangkan penggunaan plastik serta dari aspek kebersihan.
"Oleh itu, dalam memastikan masyarakat terdidik mindanya, MNS sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti memupuk kesedaran mencintai khazanah alam terutama dalam kalangan generasi muda," katanya.
Selain MNS, kini banyak badan bukan kerajaan (NGO) mengambil peduli mengenai tanggungjawab memberi kesedaran berhubung alam sekitar.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "