2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sukar untuk bertutur

LONDON, 28 Dis. 2012 - Penggunaan gajet berskrin dan permainan elektronik dikatakan menjadi punca kepada 70 peratus kanak-kanak di Britain sukar untuk bertutur dengan lengkap sejak enam tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 1.2 juta kanak-kanak berusaha untuk bertutur secara lengkap dengan separuh daripada murid di sebahagian kawasan di Britain yang mula bersekolah didapati sukar untuk menyusun ayat.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada peningkatan penggunaan gajet yang berasaskan skrin yang dianggap 'pengasuh' dan trend di kalangan ibu bapa yang hanya meluangkan sedikit masa bersama anak mereka.

Guru-guru juga mendakwa telah mengenal pasti kesukaran bercakap dalam kalangan murid dengan lebih mudah.

Penemuan baharu daripada kajian yang dibiayai kerajaan itu menunjukkan jumlah kanak-kanak yang bersekolah memerlukan bantuan pakar untuk bertutur dan memahami bahasa meningkat sebanyak 71 peratus antara 2005 hingga 2011.

Analisis itu sebahagian daripada Program Penyelidikan Komunikasi Yang Lebih Baik mendapati 2.2 peratus atau 135,700 orang kanak-kanak antara lima hingga 16 tahun dikategorikan bermasalah pada 2011.

Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah bertutur dan hanya mendapat bantuan daripada pihak sekolah tanpa perlu merujuk pakar seperti mengadakan kelas tuisyen untuk kumpulan kecil.

Sebagai maklum balas kepada kajian itu, pertubuhan kebajikan kanak-kanak, CAN berkata, kajian lain mengandaikan 1.2 juta kanak-kanak Britian pada setiap lapisan umur mempunyai masalah berkomunikasi.

Pemegang amanah CAN, Jean Gross berkata, kenaikan mendadak jumlah kanak-kanak Britian yang sukar untuk bertutur akan berlaku pada abad ke-21.

Katanya, teknologi berasaskan skrin termasuk televisyen, konsol permainan, telefon pintar dan komputer yang banyak digunakan kanak-kanak ketika ini lebih menguasai mereka berbanding mengadakan aktiviti keluarga seperti makan bersama-sama. - AGENSI

 

Unknown , Sabtu, Disember 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog