2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 11:05 PM

28Jumaat,Disember

Apa yang difikir apabila usia lebih 40

D

alam usia lebih 40 ini, saya sering terfikir bahawa masa (atau usia) yang akan saya lalui tidak akan lebih daripada apa yang telah ditinggalkan. Ertinya, future bagi saya tidak lebih daripada past.

Tidak. Saya bukan mahu mendahului ALLAH dengan membicarakan soal ajal maut. Hitungan saya adalah  purata jangka hayat kita. Apakah usia saya akan lebih 80 tahun?

Rasanya tidak. Tetapi kalaulah ya, harapnya tidaklah diri saya masa itu menyusahkan orang . Janganlah  berak kencing pun diuruskan orang.

Saya bukan memandang jelik mereka yang seperti itu. Namun apa yang saya suarakan adalah untuk diri  sendiri. Jika diberi pilihan, biarlah saya tinggalkan dunia ini tanpa menyusahkan sesiapa supaya saya tidak jadi bebanan bagi mereka. Ini kerana setiap orang punya tanggung jawab berat setiap hari, jadi saya tidak mahu ada yang serba salah kerana saya.

Biarlah mereka tumpukan pada urusan masa depan  daripada terpaksa menguruskan ‘bebanan’ yang sudah mahu pergi ini.

Selain itu, dalam usia ini, saya juga sering terfikir soal bekalan. Bekalan untuk dibawa ke alam satu lagi, juga bekalan yang perlu ditinggal pada anak isteri.

Bekalan untuk dibawa ke alam satu lagi selama ini sering sahaja ditangguhkan atas alasan ‘masih ada masa’, ‘masih muda’, ‘takkan nak mati dah kut?’ dan macam-macam.

Namun apabila sudah sampai di tahap ini, saya terasa pula seakan semuanya sudah terlambat. Mampukah saya untuk ‘qadha’ semua yang tertinggal atau pun saya perlu masuk ‘remove class’?

Dahulu, rasa terlalu awal, sekarang, terlambat.

Begitu juga dalam urusan duniawi, bekalan yang perlu ditinggal untuk anak isteri, apakah sudah cukup?

Soalan ini memang sukar untuk dijawab oleh sesiapa pun, melainkan jutawan atau mereka yang rezekinya melimpah ruah, ada kilang atau kontrak pembekalan yang tempohnya beratus tahun mungkin. Atau saham dalam konsesi tol  lebuh raya yang orang akan terus guna hingga Kiamat. Itu lain.

Ya, dalam usia ini, kita sudah jumpa, kenal atau tahu macam-macam orang. Ada yang asalnya susah, hidup merempat, kerja kuat, dapat peluang, sekarang untuk masuk ke laman istananya sahaja tujuh lapis pagar.

Sebut pasal kerja kuat, kita juga kerja kuat. Sebut pasal idea, kita juga ada macam-macam idea. Selama hidup ini, kita sudah cuba itu ini, tetapi takdirnya tak menjadi. Akhirnya diri kita, hanya apa yang kita ada sekarang.

Bolehlah hidup tetapi bukan kaya raya seperti mereka yang hidup di istana tujuh lapis pagar itu. Jadi, di manakah kesilapan kita jika kita mahu anggap ini kesilapan lantaran kita tidak berjaya, tidak kaya seperti mereka?

Untuk kembali menyusun hidup, memulakan sesuatu yang baru dengan formula ekspres, rasanya kita mungkin sudah kesuntukan masa.

Syed Mokhtar Albukhary mula berniaga lembu sejak usia belasan tahun, dan pada usia 20an, dia sudah jadi peniaga beras. Jalan yang dipilihnya tepat.

Kita pula dalam usia ini mahu berniaga apa? Beras, garam atau gula? Atau pun jual kad prabayar yang juga sudah jadi keperluan seperti beras pada zaman sekarang.

Saya tidak boleh mengatakan bahawa kesemua orang yang berusia 40 ke atas tidak boleh berniaga. Life begins at forty. Nabi sendiri pernah bersabda dalam hadis riwayat riwayat Imam Ahmad dan al Bukhari, “Jika terjadi Kiamat dan dalam tanganmu ada sebiji benih, sekiranya mampu, tanamlah ia.”

Boleh sahaja tetapi jangan guna jalan pintas atau mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Usaha biar sealiran dengan kematangan akal dan ketinggian ilmu.

Seorang kawan saya, Pak Long @ Haji Abdul Wahab Jusoh, dahulunya  orang kuat Biro Tatanegara dan sekarang pegawai kanan di Majlis Keselamatan Negara mengingatkan, lonjakan dalam hidup akan berlaku pada usia 40an.

Dia juga mengingatkan, buah yang sedap dimakan adalah apabila ia masak ranum. Itulah kemuncak dalam kitaran bagi semua makhluk ALLAH yang berlaku tidak lama sebelum ia gugur.

Namun, andai kata itu semua tidak berlaku. Misalnya seperti diri saya, yang dahulunya semua mahu jadi, jutawan, menteri, sebutlah apa yang tinggi-tinggi, semua saya mahu jadi, tetapi hakikatnya, saya masih tukang catat apa yang orang lain kata, dan kadang-kadang apa yang saya sendiri mahu kata. Adakah ini kegagalan hidup saya?

Tidak. Saya tidak pernah anggap begitu. Saya tetap bersyukur dengan apa yang ada, iman, keluarga yang bahagia, pekerjaan yang saya suka walaupun tidaklah sesenang mana. Nikmat ini amat-amat saya syukuri.

Apabila terkenang masih banyak hajat yang tidak kesampaian, saya insafkan diri bahawa dalam konteks kita orang beriman, harus akur dan ada kesedaran bahawa bukan semua yang kita buat, kita usaha semestinya kita akan dapat.

Rezeki, ajal maut dan jodoh dalam tangan ALLAH. Itulah ujian yang sebenarnya bukan sia-sia tetapi untuk memberi kita faham nilai dan makna kehidupan kita di sisi ALLAH dan hari kemudian.

Ambil iktibar daripada situasi ini. Apa yang tidak jadi kenyataan, kita jadikan warisan untuk anak-anak supaya mereka tentukan hala tuju lebih awal. Bimbing mereka untuk hidup berdikari sebagai persiapan setelah kita tidak ada di sisi mereka nanti. Itu yang sebaik-baiknya kita tinggalkan.

Apa pun semua itu, mestilah berpesan dengan kebenaran, dan berpesan dengan keimanan.


 

* MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 28 Disember 2012

Unknown , Jumaat, Disember 28, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog