2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 12:12 AM

24Isnin,Disember

Spesies baru orkid, katak ditemui

Orkid dari spesis Phalaennopsis Zebrina itu adalah rekod baru di Semenanjung Malaysia.


 

LEDANG, 23 Dis. 2012 - Perbadanan Taman Negara Johor berjaya menemui dua spesies baru bunga orkid dan katak menerusi Ekspedisi Saintifik Endau Rompin Trans Selai-Peta, pada Julai lalu.

Pegawai Penyelidiknya, Lili Tokimin berkata, spesies itu merupakan Scaphochlam Ys Sp yang ditemui di Sungai Marong, jenis tumbuhan kali pertama ditemui dalam bidang sains dan spesies endemik dinamakan Thottea Praetermissa yang dijumpai di kawasan Upeh Guling berhampiran Taman Negara Endau Rompin.

Turut ditemui satu spesies orkid hutan yang sebelum ini hanya pernah ditemui di Sumatera dan pertama kali ditemui di Semenanjung Malaysia.

Orkid dari spesies Phalaennopsis Zebrina itu adalah rekod baru di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika pembentangan Seminar Ekspedisi Saitifik Endau Rompin Trans Selai-Peta di Taman Negara Gunung Ledang yang melibatkan 100 peserta, kelmarin.

Lili berkata, penemuan itu akan dipaparkan dalam jurnal saintifik dan diketengahkan ke peringkat dunia supaya kajian lanjut dapat dilakukan untuk mengenal pasti kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di hutan negara ini.

Ekspedisi anjuran bersama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia ini turut disertai pelbagai pihak termasuk universiti tempatan.

Hasil daripada ekspedisi itu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) juga menemui dua spesies baru daripada keluarga halia serta tumbuhan renek yang pertama kali ditemui di dunia,” katanya.

Pada pertemuan sama, beliau berkata, ekspedisi berkenaan turut menemui satu spesies katak baru di Taman Negara berkenaan dari keluarga Rana Picturata berwarna hitam dan berbintik kuning.

Katanya, semua flora dan fauna terbabit ditemui di kawasan Taka Kunyit dekat Taman Negara Endau-Rompin.

Difahamkan, sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan pada seminar berkenaan oleh penyelidik daripada pelbagai universiti tempatan dan usaha akan diteruskan untuk mengenal pasti spesies baru dan langkah untuk terus memeliharanya.

Marjaki Rawo , Isnin, Disember 24, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog