KENAPA orang membunuh?
Jawapannya tidaklah semudah seperti yang difikirkan oleh orang biasa. Para doktor sakit mental dan psikologi juga sering memberi jawapan yang berasaskan teori yang mereka pernah pelajari sedangkan banyak dorongan baru yang mungkin belum dikaji sepenuhnya yang menyebabkan seorang itu bertindak membunuh orang lain.
Demikianlah halnya yang berlaku di Amerika Syarikat dua tiga hari yang lalu iaitu ketika seorang pembunuh muda menembak orang dewasa dan para pelajar lainnya di sekolah, setelah bertindak menembak ibunya sendiri.
Dalam keadaan biasa, kita tidak mungkin membayangkan seorang yang waras akan bertindak membunuh orang lain, apa lagi membunuh orang yang paling hampir dengannya seperti ibu, ayah dan anggota keluarga yang terdekat.
Tetapi hal itu boleh berlaku, malah di negara kita ini pun pembunuhan seperti itu telah pernah berlaku. Walau pun tidak sesirius yang berlaku di tempat lain.
Di Amerika Syarikat tembakan yang membunuh mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah telah berlaku beberapa kali sebelum ini. Amerika Syarikat yang terkenal sebagai kuasa besar dunia yang memiliki dan mengetuai dunia dalam segala aspek kemajuan dan teknologinya, mungkin masih belum mendapat jawapan yang sebenarnya untuk menyelesaikan penyakit jiwa dan penyakit mental orang-orang yang bertindak membunuh kanak-kanak sekolah itu.
Secara mudahnya, tanpa kajian dan analisis yang mendalam, kita sendiri sebenarnya menyedari betapa rosaknya nilai bangsa-bangsa di dunia ini disebabkan oleh pengeksportan gejala-gejala buruk dan negatif yang memasuki dunia luar melalui teknologi maklumat, komputer, TV, permainan video, play station dan sebagainya.
Gejala negatif yang di eksport ialah gejala lucah, keganasan, kebebasan mutlak tanpa nilai moral, alkohol, seks, hak asasi mutlak tanpa batasan, dan segala kepelbagaian tuntutan nafsu manusia yang bebas dari nilai budaya, tradisi dan agama, serta 1001 kelalaian lain yang sering diterangkan dalam ajaran agama.
Kanak-kanak yang bermain 'game' komputer diajar segala macam keganasan, membunuh, menembak, merampas kereta atau motosikal orang, memandu kereta dengan laju hingga melanggar kenderaan dan orang lain yang berada di hadapannya, melanggar tembok dan pembahagi jalan, melayang ke atas angin, dan berbagai-bagai peerkara mustahil yang boleh dilakukan, yang sebenarnya tidak mungkin berlaku dalam dunia nyata, tetapi hal itu boleh berlaku dengan kecanggihan teknologi yang dihidangkan di dalam permainan video itu.
Dalam dunia nyata, Amerika Syarikat juga sebenarnya merupakan satu kuasa yang mencipta senjata canggih untuk berperang dan melakukan keganasan ke atas manusia. Askarnya dihantar ke serata dunia yang perlu dijajahi, dijatuhkan kerajaannya, malah merampas kekayaan dan kesenangan orang lain sambil membuat alasan untuk mewujudkan keamanan bagi seluruh dunia.
Mungkin gejala ganas ini tanpa disedari telah menyerap masuk ke kepala anak-anak rakyat Amerika, maka mereka akan mempraktikkannya di sekolah, sehingga dengan itu terdapat para pembesar negara Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa hanya negara mereka sahaja sebagai negara peerindustrian yang maju yang mempunyai gejala keganasan dan jenayah ini.
Inilah sebenarnya sebahagian dari korupsi mental dan jiwa yang kita dapati dari dunia luar yang maju dalam teknologi, dan amat "menghiburkan" anak-anak kita juga.
Mungkin dunia umumnya perlu mengkaji aspek ini untuk cuba mencari jawapan kenapa anak-anak muda pada hari ini menjadi terlalu kecamok pemikiran dan emosinya, terlalu keliru dan sesat dari alam rasional dan kenyataan, terlalu hanyut dalam arus fantasi dan khayalan yang tidak wujud dalam masyarakat beberapa dekad yang lalu.
Amerika Syarikat sendiri mungkin dapat melihat hasil kemajuannya yang cuba digambarkan untuk memberikan kebaikan kepada dunia, tetapi sebaliknya dalam beberapa sektor, lebih banyak membawa kerosakan dan kehancuran kepada rakyatnya sendiri dan kepada manusia di dunia ini umumnya.
* oleh Datuk Dr Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Ikim, 21 Disember 2012

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "